Wednesday, November 15, 2017

*Sombongkah Aku?????*

🚩Merendahkan orang lain itu sombong.
🚩Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🚩Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
🚩Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong.
🚩Memperbodohkan org lain itu sombong.
🚩Sentiasa nak menang itu juga sombong.
🚩Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🚩Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
🚩Bersangka buruk itu sombong.
🚩Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
🚩Merasa diri hebat itu sombong.
🚩Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
🚩Tidak boleh ditegur itu sombong.
🚩Memperkecilkan dan meremehkan org lain itu juga sombong....
🚩Merasa diri soleh pun sombong

*YA ALLAH HINDARILAH AKU DARI SIKAP INI..*

#MuhasabahDiriSendiri.. takutnya "SOMBONG"..

Tuesday, November 14, 2017

*RESEPI MINUMAN AWET MUDA*

*Bahan* :
1. 10 Helai Daun Jambu Batu.
2. 2 Biji Asam Jawa.
3. 1.5 sudu teh Gula Pasir.
4. 1 Sudu Teh Madu Asli.
5. 2 sudu teh jus Limau Nipis.

*Cara Membuat* :

Rebus daun sampai mendidih. Kemudian air rebusannya di tambahkan Asam, Gula, Madu dan Limau Nipis. Kacau hingga betul² sebati. Biarkan sejuk sebelum minum.....




*Cara Minum* :
Diminum pada umur 17 tahun... Kalau diminum sekarang sudah terlewat ..😭😭😭

Monday, November 13, 2017

*Seloka Grup Whatsapp*

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti telefon bergetar,
Minta kawan buat komentar
Kalau tak balas hati gedebar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan pandai2lah jaga ucapan...

Cerita zoo

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama  tidak ada pengunjung,  maka harga tiket pun ia  turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk.

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
*"Keluar Bayar RM100.00!!!"*

Ramai orang berebut membayarnya...

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL,   kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri.

Sunday, November 12, 2017

Kisah cermin ajaib

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Jenis2 salam

Salam itu ada 3 jenis :
1- Wajib dijawab
2- Tak boleh dijawab
3- Tak mahu dengar jawab

1- Wajib Dijawab
Bila kita ucapkan  "Assalamualaikum" pada seseorang maka orang itu wajib menjawab salam - Waalaikumussalam.

2- Tak Boleh Dijawab.
Bila imam memberi salam selepas tahiyyat akhir.
Imam : Assalamualaikum warohmatullah.
Kita tak boleh jawab. " waalaikumusalam imam". Kalau jawab batal sembahyang.

3- Tak Mau Dengar jawab.
Bila kita memberi salam kepada ahli qubur, kita tak mau dengar jawapan mereka. Kalau dengar tak cukup tanah kita nak lari nanti.
😂😂😂... Pesan ini dibawa dari group Surau Al-Furqan Taman PSJ...

assalammualaikum wbt semuaaaa

Tak tau la kot cikgu karang ni

*kata2 cikgu...*
Cikgu BM kata~🌸
*Sahabat utk selamanya*
Cikgu BI kata~🌸
*Best Friend Forever*
Cikgu SEJARAH kata~🌸
*Mengingatkan sahabat adalah kenangan*
Cikgu MATH kata~🌸
*Nilai persahabatan tidak terkira*
Cikgu PM kata~🌸
*Sahabat adalah teladan*
Cikgu EKONOMI kata~🌸
*Sahabat tidak ternilai dgn wang*
Cikgu SAINS PERTANIAN kata~🌸
*Tanam nilai persahabatan di hati*
Cikgu KIMIA kata~🌸
*Bersahabat perlu ada chemistry*
Cikgu BIOLOGI kata~🌸
*Sahabat itu kekal dan hidup utk selamanya*
Cikgu SASTERA kata~🌸
*sahabat begitu indah*
Cikgu PJK kata~🌸
*Sahabat bkn utk dipermainkan*
Cikgu SENI kata~🌸
*Sahabat adalah lukisan yg mewarnai hidup setiap hari*
Cikgu Agama kata~🌸
*Sahabat till jannah*

‪*hargailah sahabat2 yang ada apapun status anda* ☺😍