Saturday, May 12, 2018

*MARHABAN YA RAMADAN*

🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷

```Ramadan is coming..
Syaitan is crying..
Malaikat is waiting..
Syurga is opening..
Neraka is closing..```

*R* 🌙 _Remember_
*A* 🌙 _Allah_
*M*🌙 _Morning_
*A* 🌙 _Afternoon_
*D* 🌙 _Day_
*A* 🌙 _And_
*N* 🌙 _Night_

_Bau-bau wangian Ramadan sudah semakin hampir._
_Entah sempat atau tidak agaknya kita._
_Ya Allah, temukan kami dengan bulan Ramadan._
_Semoga Ramadan tahun ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita._
_Aamiin..._

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan ini,
Saya dengan rasa rendah diri,
Setulus ikhlas hati ke hati,
Memohon maaf sepuluh jari,
Kiranya ada salah silap selama ini,
Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari.
Muhasabah insani...

Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..

Ahlan wasahlan ya Ramadan.

Tuesday, May 8, 2018

pantun pilihanraya

Ambil penyapu lidi,
     Pergi sapu sampah;
Esok hari mengundi
     Usah gopoh-gopah.

Pergi sapu sampah,
     Dengan hati senang;
Usah gopoh-gapah,
     Pangkah dengan tenang.

Dengan hati senang,
      Sapu berulang kali;
Pangkah dengan tenang,
       Hanya lima tahun sekali.

memilih pemimpin

Buat tatapan & renungan saudara2ku yg dikasihi Allah di dunia & Akhirat..
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
*MEMILIH PEMIMPIN*

Memilih pemimpin
Suatu *kewajipan*, bukan pilihan
(suka-suka)

Menjadi *tuntutan* Agama
Bukan sekadar suka-suka
Ada perhitungan *dosa pahala*
Bukan sekadar *mengisi masa*

Dunia medan pilihan
Akhirat menerima balasan

Kelak kita akan ditanya
*Kenapa kita memilihnya*
Atas dasar harta
Atas dasar agama
Atau dasar apa?

Memilih pemimpin
Perlu *kebijaksanaan*
Perlu ketelitian
Kerana pemimpin
Penentu dasar negara
Pembina corak budaya
Pengolah kehidupan sejahtera

Gaya kehidupannya jadi ikutan
Pola pemikirannya jadi pegangan
Pemimpin *adil* sumber keberkatan
Pemimpin *zalim* mengundang kemurkaan

Memilih pemimpin
*Mestilah* *berasaskan ilmu*
Bukan mengikut nafsu melulu
Agar diri tidak tertipu

Justeru, ingatlah selalu
Pesanan keramat buatmu
*Tersalah membuat pilihan*
Penyesalan tiada kesudahan
Kebahagiaan bakal hilang
*Kecelakaan* bakal bertandang

Memilih pemimpin
Utamakanlah ciri-ciri keunggulan
Akhirat menjadi wawasan
Berilmu penuh wibawa
Integriti menjulang agama
Cakna rakyat jelata
*Keadilannya melata*
Bertaqwa menjauhi dosa
Al-Quran dan al-sunnah jadi dasarnya

Jawatannya adalah *amanah*
Bukan aset untuk bermegah
Keredhaan Allah jadi matlamat
Demi kebaikan dicurahkan khidmat
Pasti rakyat selamat
Negara berkat
Allah melimpahkan rahmat

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Ya Allah Rabbul Jalil, telah *kusampaikan* amanah ilmu ini, *smoga terlepaslah tanggungjawabku* di hadapan Mu di Akhirat kelak. Aamiin.
(Maafkan skiranya ada dkala group ni y tak suka msj .isu politik dlm group ni.moga tlps t.jwb saya.)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

bacaan untuk penyokong pas

CnP dari grup sebelah utk bacaan yg berminat

Sahabat saya, seorang pegawai kerajaan telah menghantar mesej ini. Sesuai untuk bacaan umum:-

*WARKAH BUAT SAUDARAKU*
*AHLI & PENYOKONG PAS*

Saudara-saudaraku...
Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) - menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : (sendirian) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : ❓

Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

"PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah". Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam.
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh... kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah?
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia.

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan...

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal?
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS  yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku...
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit.

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya... memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia?

Nak mudah faham, macam ni lah..
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M... sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil'alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.

Aku menulis kerana ALLAH.
Rakyat yg cintakan Negara

macam macam pru

*Jenaka PRU*.

Mlm tadi sebelum tidor... orang gumah berbisik kat telinga aku.... _*"Abang pasanglah lagi satu... meriahlah gumah kita*_ ...:

Dengan dada berdebar aku bisik kat telinganya.... _*Sayang tolonglah carikan.....*_

_*Abang carilah sendiri...*_

_*Ala..mana abang nak cari....*_

_*Abang mintalah dg JKKK.....*_

_*Haaa... ada ke ???*_

_*Bendera parti lah abang !!!!  Habis abang ingat apa ???*_ 

🤪😫🤣🤣🤣 abang nak tidorlah.....

Monday, May 7, 2018

eratkan silaturahim

Nasihat pd sahabat...
*Selepas mengundi pada 9 Mei nanti, sila balik ke rumah dan pastikan kamu berada bersama dengan keluarga tersayang kamu ketika pengumuman keputusan PRU 14 dibuat. Ingat !!! kemenangan atau kekalahan, itu milik ahli politik. Kehidupan mereka akan berubah, bukan kehidupan kamu. Apa yang milik kamu ialah keluarga kamu, sahabat kamu dan jiran2 kamu. Oleh itu, apa sahaja keputusan, jangan abaikan mereka semua.

Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka
sokonglah.Siapa sokong PAS atas keyakinan dia maka sokonglah.Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah.Itulah asas demokrasi.
Jangan kutuk, jangan caci, jangan maki ,jangan fitnah
raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan.
Kawan tetap kawan itu pasti, tapi Lawan tetap lawan hanya Sokong politik, kita sakit kawan datang ziarah
kita mati kawan datang ziarah sembahyang jenazah kita hantar kekubur, talkin kawan aminkan tahlil pun kawan kita, yg kita sokong menang tak datang pun, jadi jgn taksub pada calon/parti.

*_Eratkanlah ikatan sillaturahim sesama kita._*

Wednesday, May 2, 2018

2 pihak

Simpanlah rahsia kamu bersama DUA PIHAK:
*Bersama diri mu* dan
*Bersama Tuhan mu*

Carilah dalam dunia hidup mu redha dua pihak:
*Ibu mu dan Ayah mu*

Carilah bantuan ketika susahmu dengan dua perkara:
*Sabar dan solat*

Jangan kamu risau dengan dua perkara:
*Rezeki dan Mati*
Kedua-duanya dalam kuasa Allah SWT.

Dua perkara jangan kamu mengingatinya:
*Kebaikan kamu kepada orang lain dan Kejahatan orang lain kepada kamu*

Dua perkara jangan kamu sekali-kali melupainya:
*Allah Tuhan mu dan hari Akhirat tempat kembali mu*