Monday, May 14, 2018

ibu ibu ramadhan

😁Mungkin fenomena biasa
😍Hargai pengorbanan mereka

⏰ kunci jam pukul 3
😵Tersedar pukul 2
😒Termenung sekejap. 😏Nak sambung tidur takut terlajak.
😞Ralit sekejap melayan mata..
😵Aduhai.. mengantuknya!
😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
⏰Jam bunyi kul 3
😑mata melekat macam kena gam
😴Tutup jam, dan tutup mata semula
😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar!
😰Teringat nasi belum masak.
😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah.
😅Pukul 5, siap terhidang semuanya.
😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.
😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun.
😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le
🤗Begitulah saban hari  perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.
💁🏻Orang lain lena tidur. 😵Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
🙅🏻Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
🤗Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? 🙋🏼ramadhan masuk da ni...mari tanya diri
🤷🏻‍♀sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
😘Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang.
😍Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur.
😍Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
🤗Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
*Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇*

Buat ibu-ibu dlm grup ini..
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Sunday, May 13, 2018

waktu berbuka puasa

*Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri2 di Seluruh Malaysia*

Terengganu - waktu magrib
Kelantan - waktu magrib
Pahang - waktu magrib
Johor - waktu magrib
Selangor - waktu magrib
Kuala Lumpur - waktu magrib
Perak - waktu magrib
Kedah - waktu magrib
Perlis - waktu magrib
Pulau pinang - waktu magrib
Sabah - waktu magrib
Sarawak - waktu magrib

Sekian Saja Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri di Seluruh Malaysia.

Jangan pandai2 nak tukar waktu👮🏻

Saturday, May 12, 2018

selamat hari ibu

Di Panggil... Emak 💕 Ibu 💕Umie 💕 Bonda 💕 Mama 💕Mummy 💕

Yg sejati Ibu Kandung,
Yg famous Ibu Tiri,
Yg Ringan Ibu Angkat,
Yg Miang Ibu Keladi,
Yg Tembam Ibu Roti,
Yg Popular Ibu Tunggal,
Yg Penting Ibu Jari
Macam2 Ibu Ada.....

Yg Penting Anda Tetap Ibu Yg Dicintai, Disayangi Dan Dikasihi.....

❤ SELAMAT HARI IBU ❤
Walau Apa pun...
Setiap hari...ada lah...
HARI IBU kerana...
Kerjanya Tak Pernah Habis Untuk Kebahagiaan & Keharmonian Keluarga yg tercinta........ 😘😘😘

"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA  IBU YG DISAYANGI DLM GRUP NI.. "Berbaktilah kepada ibu Anda,selagi ibu masih ada😢😢😭

selamat hari ibu

Lembut wanita kerana senyumanya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
Selamat Hari Ibu..
,•’``’•,•’``’•,
’•, HAPPY
 `’•,,•`’
   ,•’``’•,•’``’•,
   ’•,   mommies
    `’•,,•`’
       ,•’``’•,•’``’•,
       ’•, DAY.   . •
        `’•,,•`’buat semua yg bergelar ibu❤️

*MARHABAN YA RAMADAN*

🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷

```Ramadan is coming..
Syaitan is crying..
Malaikat is waiting..
Syurga is opening..
Neraka is closing..```

*R* 🌙 _Remember_
*A* 🌙 _Allah_
*M*🌙 _Morning_
*A* 🌙 _Afternoon_
*D* 🌙 _Day_
*A* 🌙 _And_
*N* 🌙 _Night_

_Bau-bau wangian Ramadan sudah semakin hampir._
_Entah sempat atau tidak agaknya kita._
_Ya Allah, temukan kami dengan bulan Ramadan._
_Semoga Ramadan tahun ini bukan Ramadan yang terakhir untuk kita._
_Aamiin..._

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan ini,
Saya dengan rasa rendah diri,
Setulus ikhlas hati ke hati,
Memohon maaf sepuluh jari,
Kiranya ada salah silap selama ini,
Sama ada yang disedari mahupun tanpa disedari.
Muhasabah insani...

Semoga puasa, amalan, ibadah serta munajat muslimin muslimat semua diberkati serta dirahmati Allah swt.
In shaa Allah, aamiin ya Rabbal'aalamiin..

Ahlan wasahlan ya Ramadan.

Tuesday, May 8, 2018

pantun pilihanraya

Ambil penyapu lidi,
     Pergi sapu sampah;
Esok hari mengundi
     Usah gopoh-gopah.

Pergi sapu sampah,
     Dengan hati senang;
Usah gopoh-gapah,
     Pangkah dengan tenang.

Dengan hati senang,
      Sapu berulang kali;
Pangkah dengan tenang,
       Hanya lima tahun sekali.

memilih pemimpin

Buat tatapan & renungan saudara2ku yg dikasihi Allah di dunia & Akhirat..
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
*MEMILIH PEMIMPIN*

Memilih pemimpin
Suatu *kewajipan*, bukan pilihan
(suka-suka)

Menjadi *tuntutan* Agama
Bukan sekadar suka-suka
Ada perhitungan *dosa pahala*
Bukan sekadar *mengisi masa*

Dunia medan pilihan
Akhirat menerima balasan

Kelak kita akan ditanya
*Kenapa kita memilihnya*
Atas dasar harta
Atas dasar agama
Atau dasar apa?

Memilih pemimpin
Perlu *kebijaksanaan*
Perlu ketelitian
Kerana pemimpin
Penentu dasar negara
Pembina corak budaya
Pengolah kehidupan sejahtera

Gaya kehidupannya jadi ikutan
Pola pemikirannya jadi pegangan
Pemimpin *adil* sumber keberkatan
Pemimpin *zalim* mengundang kemurkaan

Memilih pemimpin
*Mestilah* *berasaskan ilmu*
Bukan mengikut nafsu melulu
Agar diri tidak tertipu

Justeru, ingatlah selalu
Pesanan keramat buatmu
*Tersalah membuat pilihan*
Penyesalan tiada kesudahan
Kebahagiaan bakal hilang
*Kecelakaan* bakal bertandang

Memilih pemimpin
Utamakanlah ciri-ciri keunggulan
Akhirat menjadi wawasan
Berilmu penuh wibawa
Integriti menjulang agama
Cakna rakyat jelata
*Keadilannya melata*
Bertaqwa menjauhi dosa
Al-Quran dan al-sunnah jadi dasarnya

Jawatannya adalah *amanah*
Bukan aset untuk bermegah
Keredhaan Allah jadi matlamat
Demi kebaikan dicurahkan khidmat
Pasti rakyat selamat
Negara berkat
Allah melimpahkan rahmat

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Ya Allah Rabbul Jalil, telah *kusampaikan* amanah ilmu ini, *smoga terlepaslah tanggungjawabku* di hadapan Mu di Akhirat kelak. Aamiin.
(Maafkan skiranya ada dkala group ni y tak suka msj .isu politik dlm group ni.moga tlps t.jwb saya.)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞