Sunday, December 31, 2017

Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing.

Jadi katak itu pun masuk kedalam air
dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan:
jangan makan cacing ni,
sebenarnya ini perangkap,
kalau kau makan juga,
kau akan di tangkap,
perut kau akan di belah,
kulit kau akan dibakar atas api.

Mereka akn makan makan kau
(sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat)

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu,
ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas,
ikan itu terkejut,
dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yg dia akan di bakar,
kulitnya akan disiat,
perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal.
Tapi,
tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia,
bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti,
padang masyhar,
balasan neraka,
balasan syurga,
azab neraka,
titian sirat,
kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yg dibakar atas api.

Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018 M.🙂

Sahabat

🌸🍂🌸🍂🌸🍂🌸
🍂🌸🍂🌸🍂
*_Assalamualaikum_*
*```_______________*```

🐱 *```Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam,*```

🐹 *```Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam,*```

🐰 *```Esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan,*```

🐻 *```Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam,*```

🐼 *```Tapi andai esok tiada lagi kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan.*```

🎉 *```Indahnya dunia hanya sementara,*```
💖 *```Indahnya cinta hanya seketika,*```
🤔 *```Indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti,*```
👭 *```Tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.*```

💞 *```Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang,*```

💘 *```Persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu*```

💔 *```Persahabatan tak ada class kalau hati tak ikhlas.*```

🙋🏻 *```Carilah aku kalau aku tiada di syurga*```

*```Sahabat selamanya...*```
🍂🌸🍂
🌸🍂🌸🍂🌸
🍂🌸🍂🌸🍂

*_Selamat menyambut tahun baru 2018._*

Saturday, December 30, 2017

*"TAHUN BARU BUKAN SESUATU YANG SPESIAL"*

*1.* Yang spesial, bukan jam 12 malam, tapi 1/3 MALAM TERAKHIR.

*2.* Yang hebat, bukan menunggu detik-detik pergantian tahun, tp menunggu AZAN subuh di mesjid.

*3.*Yang super, bukan begadang berpesta lalu tidur pagi, tapi tidur lebih awal dan BANGUN LEBIH AWAL (baca: subuh) dengan segar.

*4.* Yang membahagiakan, bukan menghambur-hamburkan harta dengan pesta pora, tapi SEDEKAH esok di pagi hari lalu dirutinkan di hari-hari selanjutnya.

*5.* Yang menjayakan, bukan ikut di keramaian acara tahun baru, tapi BERJAMAAH SUBUH.

*6.* Yang luar biasa, bukan mendeklarasikan harapan saat kembang api memuncak, tapi saat ALLAH turun ke langit bumi dan kita bisa memanjatkan doa pada-Nya.

Baarakallahu Fiikum.🙏🏻🙏🏻

MUHASABAH

Besar atau kecil sesuatu masalah itu bergantung kepada cara pemikiran Kita. Jika Kita berfikiran lebih luas (think big) , masalah akan nampak kecil. Jika Kita berfikiran sempit, atau terlalu fokus kepada masalah itu, masalah itu Akan jadi BESAR"

Friday, December 29, 2017

Kisah bola

Ketika kita (suami isteri) masih muda dan memiliki anak2 yg masih kecil, maka anak2 menjadikan kita seperti BOLA BASKET 🏀 yg selalu menjadi rebutan kerana ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita menjadi tua, kita akan seperti BOLA TAMPAR yang dibuang ke sana ke mari, dari satu anak ke anak yang lain karena mereka anggap orang tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka utk beraktiviti.

Dan ketika kita telah menjadi semakin tua, maka anak-anak memperlakukan kita seperti BOLA SEPAK ⚽ yg ditendang kesana kemari kerana semakin menyusahkan dan hanya dianggap sbg beban.

Dan ketika kita sudah nyanyuk, anak anak mungkin memperlakukan kita seperti bola golf dibuang sejauh mungkin ⛳.
Dan mungkin berharap agar bola golf segera masuk lubang.

Ingatlah, sebagai anak2 yg memiliki orang tua, kitapun akan menjadi tua seperti mereka, dan apa yg kita telah tabur didalam kehidupan, akan kita tuai hasilnya dikemudian hari.

Oleh sebab itu jadikanlah ibu & bapamu seperti BOLA RUGBY 🏈meskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didekap dgn eratnya...  Semangaat yaaaaaaaa!

Sayangi ibu bapa kita selama masih ada kesempatan. 😊👌👍💝

Thursday, December 28, 2017

*Memiliki sahabat-sahabat yang soleh*

Nikmat yang paling besar pada zaman ini selepas iman dan hidayah ialah dapat bersahabat dan memiliki kawan yang soleh dan solehah.

Merekalah harta, teman dan penguat semangat di waktu susah dan pembantu di waktu lemah.

Allah menyalurkan pertolongan-Nya dan nusrah melalui mereka. Semakin ramai sahabat maka akan semakin besar nusrah dan pertolongan yang dimiliki.

Sahabat yang soleh ialah harta yang paling bernilai di akhir zaman ini.

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah (wafat 110 H);

استكثروا في الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة
'Perbanyakkanlah berkawan dengan orang yang beriman kerana mereka itu akan dapat menjadi pemberi syafaat (kepada kita) di hari kiamat.'

[Ma'alim at-Tanzil, Al-Baghawi]

# Di dunia mereka sahabat, di akhirat mereka menjadi pemberi syafaat...✍🏻

Wednesday, December 27, 2017

Ibu Bapak sombong

Aku nak ingatkan satu benda kepada mereka yang bergelar ibu bapa.

' Sebaik kau melangkah masuk ke kawasan sekolah, sila tinggalkan pangkat dan darjat kau orang kat pagar tu. "

Nanti pulang, ambil balik la pangkat tu. Tak kira apa pangkat sekali pun. Masuk je pagar sekolah, cukup bawa pangkat sebagai seorang ibu atau seorang ayah kepada seorang murid yang diajar oleh guru-guru biasa yang penuh komited menjalankan tugas.

Aku menulis hal ini, kerana banyak berlaku di depan mata aku sendiri ibu bapa yang bawa pangkat masuk ke kawasan sekolah. Bila anak dijentik, bila ada apa jua salah faham, ada yang datang tanpa lapor diri kat jaga. Main redah sahaja. Konon sebab dia orang besar.

Terus terjah masuk bilik GB atau Penolong Kanan dan dengan bongkak berkata,

" Cikgu tahu siapa saya? Saya Datuk bla...bla...bla..."

" Saya ini pengurus syarikat bla...bla...bla..."

" Saya ini rapat dengan menteri bla...bla...bla..."

" Abang saya kerja KPM. Orang besar bla...bla...bla..."

Tan Sri, Dato-dato, Datin-datin, orang-orang kenamaan sekalian, dengar sini Cikgu Korea nak cakap. Aku tahu kalian 'jual' nama dan pangkat itu nak bagi cikgu rasa gerun dan hormat pada kalian. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu itu tujuannya.

Tapi tahukah kalian, sebaik kalian menuturkan ayat tersebut, perkara pertama yang terlintas dihati para guru ialah,

" Sombong betul dia ni."

Hanya jelek penuh jengkel menyerang hati dan minda para guru sebaik mendengar ayat itu. Tiada langsung rasa hormat pada pangkat dan nama melainkan yang tinggal hanya perasaan jelek dan menyampah yang membuak-buak.

Tindakan menjaja pangkat dan nama orang kenamaan tidak sedikit pun memberi keuntungan pada tuan puan. Tidak!

Bahkan anak tuan puan makin dijauhi kerana kesombongan tuan puan.

" Itulah anak datuk yang sombong tu. Kau hati-hati kalau nak marah atau tegur anak dia. Nanti dia serang sekolah."

Ini ayat yang akan menjadi buah mulut cikgu-cikgu.

Apa jadi pada anak-anak kalau salah mereka tidak lagi dimarah dan ditegur? Apa kesan pada akhlak mereka?

Kau mungkin berasa hebat. Kau mungkin rasa 'power' bila tiada lagi guru berani tegur atau marah anak kau.

Tapi sejujurnya, anak itu dipulau. Anak itu tersisih dari didikan yang sepatutnya dia terima.

Dan sejujurnya, anak itu menjadi mangsa. Mangsa kesombongan pangkat dan nama yang kau jaja.

Masih rasa sombong dan bongkak dengan pangkat dan gelaran?

Fikirkan semula.

#MFS
- Biar tiada nama dan pangkat asal beradab. Itu lebih dihormati. Percayalah!