Wednesday, April 18, 2018

Keyakinan

Ustaz : Kalau kita hidup zaman Firaun la kan???agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Jemaah : Tentulah Nabi Musa.

Ustaz : Yakin?

Jemaah : Yakinnnnn.

Ustaz : Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Yang bole beri PERLINDUNGAN Firaun. Yang boleh beri arahan, Firaun. Yang bole sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang bole sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun. Yang bagi duit bantuan rakyat, Firaun. Musa cuma pengembala kambing. Senjata dia pun tongkat je. Yakin?

Jemaah : (dah mula diam)

Ustaz : Dah la keje cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan plak tu.. Yakin ke kita nak ikut Nabi Musa ni?

Dasyat Ustaz ni perli kita.. Deep

Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.
Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh.

Kita sanggup membutakan mata untuk tolak KEBENARAN bila berhadapan dengan orang yg berpengaruh & orang yg kita idolakan..

Deep

Friday, April 13, 2018

Hengau

*Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut:*
_“Vang..., vas nih fegi hamfang ke…?" (Bang..., bas ni pergi Ampang ke...?)_

_Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas._

_Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu..._
_“Kenapa awak diam tadi? Kesian dia.”_

_Pemandu itu pun menjawab:_
_“Masham mana haya nak hawab…. Haya hun hengau hugak. Hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!”_
_(Macam mana saya nak jawab... Saya pun sengau jugak. Nanti dia kata saya ejek dia pulak!)_

_Jadi ada 3 orang sengau di sini:_
_Penumpang_
_Pemandu bas_
_Yang baca ni..._

*Yang membaca ni pun sengau jugak. Hahaha...*

Friday, April 6, 2018

PUNCA KENAPA JIN TAK TAKUT RUQYAH

Ust Zakiah Malik Mgt:

Seorang pemancing tegar berkeadaan pelik setelah pulang ke rumahnya menyebabkan isterinya memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaan suaminya.

Ustaz menyatakan suaminya telah dirasuk jin. Terdapat 10 ekor jin dalam tubuh suaminya.

Ustaz pun memulakan pengubatan dengan membaca ayat-ayat Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila  terdengar ayat-ayat Ruqyah. Kecuali seekor yang masih bertahan.

Ustaz meneruskan bacaan ayat-ayat Ruqyah & ayat-ayat suci Al-Quran yang lain.

Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu, sudah basah kuyup baju ustaz tersebut kerana berpeluh melawan jin yang seekor ni. Handal betul jin seekor ni.

Ustaz tersebut sudah hampir putus asa. Tiba-tiba, 9 ekor jin yang lari awal-awal tadi, kembali.

Ustaz tersebut makin panik. Tapi, beliau cuba mengawal perasaannya.

Lalu, ustaz bertanya pada 9 ekor jin tadi,

"Kenapa kamu semua kembali?"

Jawab salah seekor jin tadi dengan terketar-ketar..

"Maaf ustaz....kami datang semula kerana nak jemput kawan kami yang tertinggal ni......dia PEKAK.

Tu diaaaaaaaa....khusyuk membaca.