Friday, April 6, 2018

PUNCA KENAPA JIN TAK TAKUT RUQYAH

Ust Zakiah Malik Mgt:

Seorang pemancing tegar berkeadaan pelik setelah pulang ke rumahnya menyebabkan isterinya memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaan suaminya.

Ustaz menyatakan suaminya telah dirasuk jin. Terdapat 10 ekor jin dalam tubuh suaminya.

Ustaz pun memulakan pengubatan dengan membaca ayat-ayat Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila  terdengar ayat-ayat Ruqyah. Kecuali seekor yang masih bertahan.

Ustaz meneruskan bacaan ayat-ayat Ruqyah & ayat-ayat suci Al-Quran yang lain.

Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu, sudah basah kuyup baju ustaz tersebut kerana berpeluh melawan jin yang seekor ni. Handal betul jin seekor ni.

Ustaz tersebut sudah hampir putus asa. Tiba-tiba, 9 ekor jin yang lari awal-awal tadi, kembali.

Ustaz tersebut makin panik. Tapi, beliau cuba mengawal perasaannya.

Lalu, ustaz bertanya pada 9 ekor jin tadi,

"Kenapa kamu semua kembali?"

Jawab salah seekor jin tadi dengan terketar-ketar..

"Maaf ustaz....kami datang semula kerana nak jemput kawan kami yang tertinggal ni......dia PEKAK.

Tu diaaaaaaaa....khusyuk membaca.

No comments:

Post a Comment