Wednesday, April 18, 2018

Keyakinan

Ustaz : Kalau kita hidup zaman Firaun la kan???agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?

Jemaah : Tentulah Nabi Musa.

Ustaz : Yakin?

Jemaah : Yakinnnnn.

Ustaz : Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, Firaun. Yang bole beri PERLINDUNGAN Firaun. Yang boleh beri arahan, Firaun. Yang bole sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang bole sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun. Yang bagi duit bantuan rakyat, Firaun. Musa cuma pengembala kambing. Senjata dia pun tongkat je. Yakin?

Jemaah : (dah mula diam)

Ustaz : Dah la keje cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan plak tu.. Yakin ke kita nak ikut Nabi Musa ni?

Dasyat Ustaz ni perli kita.. Deep

Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.
Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit dan pengaruh.

Kita sanggup membutakan mata untuk tolak KEBENARAN bila berhadapan dengan orang yg berpengaruh & orang yg kita idolakan..

Deep

Friday, April 13, 2018

Hengau

*Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut:*
_“Vang..., vas nih fegi hamfang ke…?" (Bang..., bas ni pergi Ampang ke...?)_

_Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas._

_Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu..._
_“Kenapa awak diam tadi? Kesian dia.”_

_Pemandu itu pun menjawab:_
_“Masham mana haya nak hawab…. Haya hun hengau hugak. Hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!”_
_(Macam mana saya nak jawab... Saya pun sengau jugak. Nanti dia kata saya ejek dia pulak!)_

_Jadi ada 3 orang sengau di sini:_
_Penumpang_
_Pemandu bas_
_Yang baca ni..._

*Yang membaca ni pun sengau jugak. Hahaha...*

Friday, April 6, 2018

PUNCA KENAPA JIN TAK TAKUT RUQYAH

Ust Zakiah Malik Mgt:

Seorang pemancing tegar berkeadaan pelik setelah pulang ke rumahnya menyebabkan isterinya memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaan suaminya.

Ustaz menyatakan suaminya telah dirasuk jin. Terdapat 10 ekor jin dalam tubuh suaminya.

Ustaz pun memulakan pengubatan dengan membaca ayat-ayat Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila  terdengar ayat-ayat Ruqyah. Kecuali seekor yang masih bertahan.

Ustaz meneruskan bacaan ayat-ayat Ruqyah & ayat-ayat suci Al-Quran yang lain.

Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu, sudah basah kuyup baju ustaz tersebut kerana berpeluh melawan jin yang seekor ni. Handal betul jin seekor ni.

Ustaz tersebut sudah hampir putus asa. Tiba-tiba, 9 ekor jin yang lari awal-awal tadi, kembali.

Ustaz tersebut makin panik. Tapi, beliau cuba mengawal perasaannya.

Lalu, ustaz bertanya pada 9 ekor jin tadi,

"Kenapa kamu semua kembali?"

Jawab salah seekor jin tadi dengan terketar-ketar..

"Maaf ustaz....kami datang semula kerana nak jemput kawan kami yang tertinggal ni......dia PEKAK.

Tu diaaaaaaaa....khusyuk membaca.

Wednesday, March 28, 2018

Suami yg baik

Seorang isteri berkata kepada suaminya: "aku takut engkau kahwin lain".
Lalu suaminya pun kahwin lagi,  kerana dia tidak suka melihat isterinya berada di dalam ketakutan.
Itulah sikap suami yang baik. 🤩🤩🤩

Thursday, March 22, 2018

7 kunci hidup bahagia

*Assalamu'alaikum wbt & Salam sejahtera*
 
*Selamat Pagi Sahabat*

*SEMOGA SEGALANYE MNJADI YG TERBAIK DR HARI2 YG SEBELUM2NYA..AAMIN*

        *7 kunci kebahagiaan hidup*
         ••••••••••••••••••••••••••••••
1) Jangan membenci sesiapapun ,walau ada yg menyalahi hakmu .
2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak .
3) Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba salah .
4) Jangan memutus do'a untuk saudara mukmin .
5) Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah .
6) Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis .
7) Berbuatlah kebaikkan sekalipun banyak musibah .

*Berbahagialah dengan rasa syukur*

Wednesday, March 21, 2018

UNTUNGNYA SOLAT DI MASJID

:
1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala Aamiin bersama imam
11. Pahala rapatkan saf,
12. Pahala luruskan saf
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala bersihkan masjid
23. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan
       Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan
langkah kiri.
28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.
29. Setiap benda  yg berbekas semasa  pergi dan  balik  masjid akan  jadi saksi  di  akhirat,  cthnya tapak kasut/selipar, tayar  kenderaan,  debu/ rumput  yg dipijak. 
30. Menyulitkan syaitan utk melakukan godaan atas sebb solat  berjemaah.

#  Tu dia , untungnya pi masjid naa, JOM..! Kalu Takmau jugak? Rugi lah kita
Sama2 lah muhasabah diri.
   
Wallahu'alam..
*pakat2 share semoga beri manfaat kpd kita semua*

Thursday, March 15, 2018

Kerana Satu...Hilang 99 Kenikmatan

*.*
.
Seorang Raja termenung di taman istananya. Ia gelisah kerna tak pernah merasakan ketenangan dan sulit sekali menemukan kebahagiaan.
.
Kesihatannya mulai menurun karena ia mulai susah tidur karena banyaknya fikiran yang mengganggu. Padahal selama ini ia tidur didalam kamar yang mewah dan katil yang empuk.

Ditengah lamunannya, sang raja melihat seorang tukang kebun yang sedang bekerja sambil tertawa. Setiap hari ia datang dengan senyuman dan pulang dengan keceriaan. Padahal hidupnya sangat sederhana.

Tak pernah nampak kesedihan di wajahnya. Walau hidup seadanya keluarga kecil itu hidup dengan bahagia.

Raja pun hairan melihat orang ini. Ia memanggil penasihatnya dan bertanya, “Hai penasihatku, telah lama aku hidup ditengah kegelisahan padahal aku memiliki segalanya. Tapi aku sungguh hairan melihat tukang kebun itu. Tak pernah nampak kesedihan di wajahnya, kadang-kadang ia tertidur di bawah rendangnya pohon, seperti tak ada beban dalam hidupnya, padahal ia tidak memiliki apa-apa !”

Sang penasihat tersenyum dan berkata, “Semuanya ditentukan dengan angka 99. Bila tukang kebun itu terkena dampak dari angka ini, maka hidupnya akan gelisah dan ia tidak akan bisa tidur.”

“Apa yang kau maksud dengan dampak dari angka 99 itu?” tanya raja.

Sang penasihat menganjurkan pada sang Raja... “Besok malam perintahkan perajurit untuk menghantarkan hadiah kepadanya. Sediakan satu kotak wang dan tulislah 100 Dinar. Namun isi lah kotak itu dengan 99 dinar saja.”

Raja pun menuruti saranan dari penasihatnya. Ketika hari mulai gelap, perajurit mengetuk pintu rumah tukang kebun ini dengan membawa hadiah.

Si tukang kebun membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat perajurit membawa kotak hadiah.
“Ini hadiah dari raja untukmu.” kata si perajurit.
.
“Ya, sampaikan terima kasihku kepada raja.” jawab tukang kebun sambil kegirangan melihat kotak dengan tulisan 100 dinar. Belum pernah ia memiliki wang sebanyak itu.
Ia segera membawa masuk kotak itu dan menghitungnya bersama keluarga.

Namun anehnya, jumlah wang didalam kotak itu hanya 99 dinar. Dia pun menghitung ulang lagi, tapi tetap jumlahnya 99.

Dia yakin, pasti ada wang yang jatuh. Dia mencari-cari di sekitar pintu, tapi tak menemukan apa-apa. Akhirnya dia mencuba untuk menelusuri sepanjang jalan menuju istana. Semalaman ia mencari tapi tetap tidak menemukan apa-apa.

Matahari mulai terbit, Raja beserta penasihatnya menanti tukang kebun ini. Tak berapa lama dia datang dengan wajah yang masam dan merengut. Raja pun hairan dan bertanya pada penasihatnya, “Apa yang terjadi? Tak biasanya kau datang dengan wajah seperti ini !”

Saat itulah Penasihat Raja menjawab seraya menjelaskan maksud dari dampak angka 99 itu, “Duhai Raja, begitulah kehidupan. Kita memiliki banyak hal namun kita mencari yang tidak kita miliki. Orang ini mendapatkan 99 dinar secara percuma namun ia sibuk mencari 1 dinar yang hilang..."
.
_*Catatan Moral:*_
_Munculnya kegelisahan hati karena kita mencari sesuatu yang tidak kita miliki, sementara kita tidak pernah mensyukuri banyaknya anugerah yang kita punya._

_Kisah ini memberi pelajaran yang sangat berharga bahwa nikmat yang tuhan telah dicurahkan begitu banyak kepada kita, namun kita sibuk menanti sesuatu yang belum pasti datang._

_#JanganLupaBahagia..._
_#SekadarRenungan..._