Tuesday, November 28, 2017

Left grup wasap

Saya mohon left group dulu ya. Jangan risau, tiada apa apa masalah. Cuma saya perlukan sedikit masa untuk berehat dari aktif di whatsapp.

Maafkan saya jika ada tersalah tersilap sepanjang perkenalan kita di sini. Saya harap semua sudi maafkan saya. Jika ada terhutang apa apa inbox saya okay.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan rakan yang sudi berkawan sebelum ini. Kenangan antara kita takkan saya lupakan.

Jumpa lagi semua. Kalau terserempak kat luar tu nanti tegur tegurlah ya. Kalau selisih di atas jalan, boleh hon 4 kali. Kalau 4 kali tahulah saya mesti rakan rakan di sini.

Ok lah, rasanya cukuplah setakat ini dulu. Saya pun dah penat test tulis panjang panjang. Saja nak tengok ramai ke baca sampai habis.

*Okay, tak jadi left. Bye*

No comments:

Post a Comment