Wednesday, November 15, 2017

_*Tersentap tapi bermakna*_

● _Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama._
● _Bila sudah besar.. bilik masing-masing._
● _Bila sudah nikah.. rumah masing-masing._
● _Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising._
● _Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing._

♧ _Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.._
● _Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan._
● _Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong._
● _Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik..._
● _Hanya kau dan amal mu._
● _Bersedia selalu.. bersiap selalu._
● _Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi._
● _Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda._
● _Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana._

♧ _Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar._
● _Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat._
● _Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia._
● _Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA._
● _Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._

No comments:

Post a Comment