Monday, January 29, 2018

Aji doh

*Tuk ttuo main aji nga natu dio, main punyo main, sapa maso natu dio make 3..*
..
*Natu: Hoh.. Makeeee.. so, duoo tigoo..*

Tuk ttuo: Make banyok, kjo mmalah..

*Natu dio meroh muko doh sbb ore rama duk likung, tp terus main lg.. Sapa maso tuk ttuo bulih aji,*

Tuk ttuo: Aajiiii doh kitooo!!!

*Natu: Aji sajo smaye bea dop.. Aji kero..*🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Keburukan media social

*Polis:* Bagaimana anda mengetahui bahawa tidak ada seorang pun di dalam rumah?

*Perompak:* Kemas kini seluruh keluarga dengan 15 foto boleh didapati di facebook. *_"Menikmati Cuti dari rumah selama satu minggu_"*

Fikirkanlah dengan serius.

*_B Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di facebook._*

Bincangkan ini dengan anak-anak & ward anda.

*_Stop berkongsi maklumat peribadi di media sosial !!!_*

📛 Jangan mengiklankan kebahagiaan anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan perkahwinan anda yang bahagia Di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan cuti anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan anak-anak anda
pencapaian di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan kehamilan anda di media sosial.

📛 Jangan mengiklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dan sebagainya).

!  Jangan mengiklankan penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B).

!  Tidak ada yang akan gembira untuk anda.

!  Semua _"bagus"_ komen yang anda dapatkan hanya palsu.

!  Anda hanya menarik mata jahat kepada anda, & keluarga anda.

!  Anda hanya menarik orang cemburu ke dalam hidup anda.

!  Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda, & menyemak kemas kini anda

!  Anda benar-benar perlu menghentikan ini, kerana ia akan merosakkan hidup anda, keluarga, perkahwinan.

! Media sosial adalah mata, telinga & mulut syaitan.
Jangan jatuh ke dalam perangkap syaitan.

Semoga Tuhan membantu kita, & selamatkan kita dari bencana media sosial !!!

*_Sila hantar kepada semua orang dalam senarai kenalan anda ._* 👍✌

Saturday, January 27, 2018

Kita memberi apa yg kita ada

....dalam sebuah ceramah :

"Jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit. Jika kita beri makanan kepada orang, bermaksud kita memiliki makanan.

Ya, begitu jugalah. Jika kita sering mengatakan yang buruk-buruk kepada orang lain, bermaksud keburukan itu di dalam diri kita sendiri. Jika kita menuduh orang lain sebagai 'syaitan/iblis', sebenarnya kitalah pemilik sifat syaitan dan iblis itu.

Kaedahnya, seseorang hanya dapat memberi apa yang dia miliki sahaja.

Jika di dalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita akan memandang bahawa orang lain adalah mulia."

Thursday, January 25, 2018

ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Someone share pada saya😊

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kata ALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung...

Dimana kah kehebatan kita sebenarnya

*DILARANG SOMBONG*

*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*

*Nama* : diberi oleh *Orang lain*

*Pendidikan* : dapat dari *Orang lain*

*Gaji* : terima dari *Orang lain*

*Keuntungan* : hasil pembelian oleh *Orang Lain*

*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*

*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.

*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*

*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*

*Pengebumian* : dilakukan oleh *Orang lain*

Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.

Kita patut sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain...
*DI MANAKAH KEHEBATAN KITA?*
Ternyata, kita bukanlah sesiapa tanpa *"ORANG LAIN"*

Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita memerlukan bantuan mereka di masa hadapan.
😬😊👌

Kisah wasap grup

*Admin tiba2 add ahli baru namanya Nurul dalam grup wassap.*

_Admin add Nurul_

Atan : Salam Nurul... Selamat datang ke grup kami...

Nurul : Salam semua...
           Selamat berkenalan...
           Harap sudi membantu
           saya kerana saya baru
           bekerja di bandar nii.. 
          ☺

Usin : Hai Nurul... jgn bimbang
          saya sudi membantu. 
          😘

Abu : Hello Nurul... kalu ada
         apa2 masalah jgn
         malu2.. saya ok je
         untuk bantu Nurul....😌

Usop : Wahhh... selamat
           berkenalan Nurul... saya
           usop... hal kecik je...
           boleh sangat
           bantu Nurul... 😎

Amat : No hal Nurul... roger aje
            bila ada masalah.. 😃

Udin : Kalau Nurul punya pasal...
          saya sedia berkhidmat
          😉

Ahmad : Jangan bimbang
               Nurul... I akan bantu
               sedaya upaya I
               😍

Nurul : Terima kasih semua
         kerana sudi membantu
         saya 😊😊😊😊😊

Abun : Sama-sama... 😍
            Boleh saya tahu
            nama penuh Nurul tak

Nurul : Nama saya......
           Nurul Imran bin Mahmood

_Atan left the group_

_Usin left the group_

_Abu left the group_

_Usup left the group_

_Amat left the group_

_Udin left the group_

_Ahmad left the group_

_Abun left the group_

_Admin left the group_

_Nurul you are now group admin_

Cakap omputih la konon

Mak : Dik , ambilkan hp mak , ko tolong sms kat abang ko yg kat England tu . Apa kabar agaknya ? Mak rindu betul kat dia .         
Anak : Ok, mana handphone mak ?         

Mak : Tuu hah atas meja .         
Anak : Ok tunggu jap .         
​Si adik pun sms kat abang nya , 1 minit kemudian,​         

Anak : Mak!! Abang dah balas , tp dia pakai bahasa inggeris pulak . adik tak faham lah .         
Mak : Apa nya ? Bacakan.         
Anak: "You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected"         
Mak : Sms balik , bagitau dia cakap melayu aje lah , jgn nak eksyen , baru seminggu kat England .

#Jangan ktwa

Wednesday, January 24, 2018

Karenah manusia sebelum mati

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi-mandi ready nak solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tengok wassap, telegram. Update dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat-cepat lari gi ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.

Ada orang subuh memang tak bangun.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.

Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.

Ada orang, subuh gajah pun tak bangun lagi.

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintah-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya, dan cuba untuk menjadi terbaik.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang-ulang buat benda yang sama.

Ada orang, dia tak buat apa-apa pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak-lepak dengan member.

Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa-apa. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing-masing memainkan watak masing-masing tanpa disuruh siapa-siapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitulah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.

Ada orang yang akan mati ketika dia khusyuk main game.

Ada orang yang akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.

Dan ada orang yang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad endingkah, atau happy ending?

Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil disisi-Nya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang menyia-nyiakannya selama ini. Tup tup bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.

Dari itu, MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..

Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..

Wallahua'lam..muhasabah diri

Saturday, January 20, 2018

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda duit waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...

Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Friday, January 19, 2018

*PENGGANTI SUAMI*

Di tanah perkuburan, seorang ustaz mendekati wanita cantik yang baru kehilangan suaminya.

*Ustaz:* (Berbisik) Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

*Wanita:* Mudah-mudahan. Terima kasih Ustaz.

*Ustaz:* Kamu tak boleh lama2 larut dalam kesedihan. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu?

*Wanita:* Ustaz serius ke?

*Ustaz:* Ya, saya benar2 serius!

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur.

*Wanita:* Pak Cik! Tolong gali semula kubur suami saya tu kerana ustaz ini ingin menggantikan tempatnya!

*Ustaz:* Astaghfirullah....        

🤣🤣🤣🤣🤣

Kenapa pompuan melayu selalu kena sampuk

Skrg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.

Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan
membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada
pelajar kaum Cina dan India.
Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara
bomoh Melayu dan syaitan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang ....tanya bomoh itu pada ketua jin...

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau
wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun
menjawab…

“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan...
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat...
Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik.... Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh...  Aduhaiii ...... Lemah lembut gayanya......

Keh keh keh... 🤣🤣🤣🤣

Kisah Sri

Sri adalah gadis desa yang anggun dan berwajah sedikit cantik dan sedikit manis, tapi dia seorang yang  teramat pintar. Sedangkan suaminya adalah seorang yang berwajah biasa tapi amat peramah dan sedikit don juan. Dia suka menggoda gadis2 cantik di desanya.

Pada suatu hari Sri pergi ke sungai ingin mencuci baju. Ketika baru saja memulai mencuci, dilihatnya seekor ikan emas yg tersepit di antara bebatuan sdg meng-gelepar2.

Melihat ikan emas tsb,  Sri menghampirinya, namun terjadilah keajaiban si ikan emas bisa bicara: “Kalo kau menolongku, aku akan mengabulkan 3 permintaanmu. Tapi ingat, apa yg kamu minta akan membuat suamimu mendapatkan 10 x lipat dari apa yg kamu minta.”

Sri pun segera menolong ikan tsb dan langsung minta supaya wajahnya cantik.
“Tapi ingat … suamimu akan menjadi 'paling tampan di dunia', yang akan membuat sifat don yuannya akan semakin menjadi-jadi” kata si ikan mengingatkan.

“tiada masalah,” jawab Sri.

"Abrakadabra . . . " dan jadilah Sri wanita yg amat cantik. Begitupun sang suami, menjadi amat-sangat tampan sekali.

Permintaan ke 2, Sri ingin menjadi kaya, “Ingat, suamimu akan 10x lebih kaya, apa kamu tdk takut?” kata   ikan emas tsb.

“Ah, tidak apa2. Kekayaan miliknya itu juga milikku,” jawab Sri  tenang.

"Abrakadabra . . " dan jadilah Sri orang yg kaya. Begitu juga suaminya, kekayaannya 10 x lipat kekayaan Sri.“

"Apa permintaanmu yg ke 3 Sri?” tanya si ikan emas.

“Aku ingin mendapatkan serangan jantung ringan2 saja.”
"Abrakadabra dan jadilah    Sri kena serangan jantung ringan sedangkan suaminya 10x lipat kena serangan jantung n meninggal

Dan jadilah Sri seorang janda cantik yang kaya raya, pewaris harta yang amat banyak.

☝Hati2 lah dengan wanita.

Jika Anda para suami tidak  mau meninggal terkena serangan jantung mendadak, laranglah istri Anda mencuci di sungai. Belikan segera mesin basuh.

1. LG 10KG $490.00
2. Panasonic 10KG $560.00
3.Hitachi 10KG $470.00
4.Dobi cucicuci 25kg $13

Memberus di rumah juga boleh supaya tidak ketemu ikan seperti dalam kisah di atas.

Thursday, January 18, 2018

*HATI ISTERIKU LEBIH CANTIK..*

Seorang pemuda yang telah beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kantin kawasan  pejabat. Kerana ada urusan kerja mereka pun bertukar  nombor Whatsapp. Malam harinya si gadis mulai mengirim Whatsapp kepada si pemuda

Gadis : Abang hebat ya. Ada bisnes sendiri, berjaya pula!

Lelaki: Terima kasih ya...

Esoknya si gadis menelefon sekadar _say hello._

Gadis : Bila  bang kita boleh makan tengah hari lagi?

Lelaki: Ok bila2 pun boleh!

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui whatsapp & telefon,  sesekali juga janji pergi makan tengah hari  bersama.

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa call antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis whatsapp, isinya adalah :

"Bang... Sebenarnya aku mencintaimu , aku tahu kamu sudah ada  keluarga, tapi aku mahu menerima sebagai isteri ke-2, aku sudah bersedia bang & maaf aku mengganggu perasaanmu."

Dengan berat hati pemuda itu menjawab :

"Dik, aku mengerti & faham maksud mu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh & parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku boleh tampil baik dan hingga usahaku berjaya? Itu semua karena dorongan dan semangat isteriku.

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang  dengan
seseorang yang hanya mengagumiku, karena tahu kalau aku sekarang sudah berjaya.

Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku
semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, _dia adalah isteriku tercinta._

Kalau kamu menyukai aku, ertinya kamu tinggal memetik hasilnya & cara ini tidak pernah abadi.

Tahukah kamu bahwa aku memulai ini dari kosong dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah & berjaya seperti ini.

Tahukah kamu bahwa isteriku yang selalu doakan kejayaanku hingga aku boleh menjadi seperti ini.
Kamu memang cantik, tapi
_hati isteriku lebih cantik._

Terima kasih atas cintamu,
maaf aku tidak mampu membalas seperti kehendakmu.
Sekali lagi maaf saya harus setia kepada perempuan yang juga setia mendampingi aku selama ini.
Ya dia adalah isteriku.

Carilah lelaki lain dik.. 
asal jangan cari di grup ini kerena
selain sudah tua-tua,
semua duit dipegang isterinya ...dan masing2 takut bini.!😂🤣😂🤣

🌹🌹🌹
😃😄😄
😜 😜😐

Tuesday, January 16, 2018

Bantu lah saya

Nama saya Hj Othman ( Panggilan org taman ni ) umur 58 thn. Sejak pencen 3 thn yg lalu, saya banyak menghabiskan masa dgn  Masjid sahaja., Solat 5 waktu dan menghadiri Majlis2 ilmu.

Itulah rutin harian saya sejak pencen, mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.

5 org anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di kejiranan saya , 2 rumah sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya  panggil dia sebagai Ani, yg berumur 39 thn. Tiap pagi beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua2 anak perempuan beliau umur 11 dan 12 thn itu mengaji dgn isteri saya.

Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid yg mana Ani juga hadir.

Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

"Saya tahu abg Othman terkejut, tetapi Ani sudah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Othman serta isteri abg. Ani ikhlas!" Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

"Isteri abg pasti pengsan dengar perkara ni." Jawab saya.

"Kita kawin senyap2 je dulu bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri.

Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu... Dilemma.

Bantulah saya...

Inilah contoh soalan peperiksaan UPSR Bahasa Malaysia 2 utk thn depan.

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Othman l berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Othman akan betul2 pengsan?

(Markah 50%)

Thursday, January 11, 2018

FAKTA PERUBATAN

**

TAHUKAH TUAN, JIKA TUAN

1. MANDI DUA KALI SEHARI
2. TIDAK MEROKOK
3. TIDAK MINUM ALKOHOL
4. PERGI KE GYM SETIAP HARI UNTUK KECERGASAN
5. TIDUR YANG CUKUP
6. MAKAN BUAH BUAHAN SEBELUM MAKAN
7. MENGHINDARKAN STRESS
8. MENGHINDARKAN SEGALA JENIS DADAH
9. KAYUH BASIKAL SETIAP MINGGU

INN SYA ALLAH TUAN TETAP AKAN KEMBALI KERAHMATULLAH APABILA TIBA MASANYA 😂😂

Friday, January 5, 2018

Fokus kepada tujuan hidup

Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"lho kenapa?", sahut sang ayah, "karena di masjid saya menemukan orang2 yg kelihatannya agamis tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dg gadgetnya, sementara yang lain membicarakan keburukan orang lain".

Sang ayah pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"

"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air berkeliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setetes air pun yang jatuh.

Sesampai di rumah sang ayah bertanya, "Bagaimana sudah kamu bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Apakah ada yg tumpah?", "Tidak".

"Apakah di masjid tadi ada orang yang sibuk dengan gadgetnya?".

"Wah, saya tidak tahu karena pandangan saya hanya tertuju pada gelas ini", jawab si anak.

"Apakah di masjid tadi ada orang2 yang membicarakan kejelekan orang lain?" tanya sang ayah lagi, "Wah, saya tidak dengar karena saya hanya  konsentrasi untuk menjaga air dalam gelas ini".

Sang ayah pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah hidup anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai kejelekan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualitas orang lain membuatmu lupa akan kualitas dirimu".

Mari kita fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus bebenah menjadi positif.

*Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.*

*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami)

Dok Tidoq

Salam jumaat... hati2 cari masjid utk solat jumaat... benda ni banyak berlaku dah sejak akhir2 ni....😳😳😳

Waspada....Masjid Berlainan Aliran!!

Minggu lalu saya datang ke masjid XXXXX untuk menunaikan Solat Jumaat.

Saya datang agak awal sekitar jam 12.30, saat itu jemaah di masjid masih ada beberapa orang sahaja. Saya terus solat tahiyyatul masjid. Setelah itu saya duduk dekat tiang sambil berzikir sebanyak-banyaknya......

Astaghfirullah, saya terkejut... ini masjid aliran apa?? Tanpa azan, tanpa khutbah, terus iqomah......??!

Dengan perasaan ragu-ragu dan agak terpaksa saya berdiri juga untuk solat jumaat sampai selesai.

Kemudian saya tanya pada jamaah di sebelah saya sambil bersalaman...

"Encik, ini masjid aliran apa?" Dia terkejut sambil menjawab : "Syafie... Ahlussunnah Wal Jama'ah"

Lantas saya tanya lagi : "Kenapa tak azan dan takde khutbah??"

Dia jawab : ek eleh, bukan hang tidoq ka tadi??

SALAM JUMAAT

p.s. pi masjid awai.. .. jgn tidoq noooo. ..😅😅

Wednesday, January 3, 2018

SYURGA SEORANG ISTERI

🎯🎯
Dugaan paling besar adalah bersabar.🎯👍

🎯Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

🎯Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

🎯Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

🎯Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

🎯Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

🎯Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

🎯Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

🎯Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

🎯Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

🎯Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

🎯🎯🎯Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah...Aamiin.

😊Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea...Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..😂

Hospital

Breaking news
MULAI TAHUN 2018, HOSPITAL KERAJAAN SECARA BERPERNGKAT TIDAK AKAN MELAYANI LAGI PENYAKIT MATA DAN HIDUNG SECARA PERCUMA.

Pihak hospital kerajaan telah memutuskan bahawa mereka tidak akan menanggung biaya perubatan atas 2 penyakit kronik di bahagian mata dan hidung yang banyak dialami.
Dengan alasan bahawa 2 penyakit ini sulit untuk disembuhkan dan memerlukan waktu yang lama dalam proses penyembuhannya.

Bahkan pihak hospital  menghimbau agar semua instistusi kesihatan seperti rumah sakit baik swasta atau kerajaan untuk tidak melayani pesakit dengan penyakit tersebut diatas.

2 penyakit yang tidak akan dibiayai dan dilayani di rumah sakit adalah :

1. Mata keranjang
2. Hidung belang

Terima Kasih dan maaf atas segala kesulitan.

Tuesday, January 2, 2018

Opah masuk institut

Seorang atok memberi kuliah subuh kpd cucunya sempena 1st day sek tahun 1.

Atok: belajar rerajin Mat. Jgn jd mcm opah kau.
Mat: knp dgn opah tok.
Atok: opah kau dah tua ni baru teringat nak sambung belajar.
Mat: eh..belajar di mana tu tok.
Atok: entah lah atok nak menyebut pun xpandai..institut  apa ke entah..menyusahkan
.atok kena antar tiap minggu
Mat: pelik tu..

Opah melaung dari dapur...sekolah apa mat oi..opah masuk institut jantung negara. Kau dengar lah atok kau tu...

Monday, January 1, 2018

Pelangi

*Hari pertama buka sekolah..*
Murid - murid disuruh memperkenalkan diri ..

*Guru* :  "Cuba kamu yang  duduk kat belakang kanan , sapa namamu dan apa hobimu..?”

*Murid #1*:  “Nama farhan hobi mancing di sungai sambil tengok pelangi..”

*Guru* : "Cuba yang duduk di sebelahnya?”

*Murid #2* : “Nama Denny, hobi makan manggis di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* : “Ooo sama …, kalian bersahabat ke.? Cuba yang duduk belakang..?”

*Murid #3* :  "Nama Zakaria, hobi lepak tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* : … sama jugak..? Rupanya kalian satu geng .? Cuba si kacak  yang duduk ujung sana..?”

*Murid #4*: “Nama Danial, hobi makan  martabak di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

*Guru* :  "alamak...., hobi semua sama . Cuba si cantik  yg duduk di tengah tengah tu, sapa nama dan hobi kamu..”

*Murid #5* :  *"Nama saya Pelangi, hobi mandi kat sungai..."*
.
*Guru* :   *“Oooooooo  patut le... !!!!*

Just for laugh🤣🤣