Dah ada tandanya,
YB dikota dah pulang kedesa,
YB menghilang sudah dijumpa,
Sudah hadir kenduri kendara,
Sudah ziarah sanak saudara,
Dah simpan kereta lawa,
Hanya naik kancil atau motor sahaja,
Ada berbasikal dijalan raya,
Singgah kedai kopi bertegur sapa,
Senyum pula penuh mesra,
Siapa saja ditegur seolah kenalan lama,
Satu kedai kopi pasti dia belanja,
Boleh lah minum makan apa saja,
Solat jenazah pastinya dia dah ada,
Siap di pikul lagi dibahunya,
Kebumikan pula bersama sama,
Padahal sebelum ini tak nampak muka.
Rakyat mengadu disambut mesra,
Datin juga dah bertudung pula,
Hadir kemasjid ceramah agama,
Kononnya dia sudah bertaqwa..
Inilah drama pilihanraya,
Berulangkali setiap masa,
Rakyat pula mudah lupa,
Diberi kain, kopi dan gula,
Hiduplah mereka seperti biasa,
Dalam susah dan sengsara..
Sementera pemimpin mewah berharta..
No comments:
Post a Comment