Kenyataan Media Sempena Aidilfitri 1439/2018
Buat semua anak menakan,
Oleh kerana umum mengetahui bahawa keadaan kewangan negara begitu tenat ketika ini, sejajar dengan itu ianya turut dirasai oleh Pakcik dan makcik.
Maka dengan itu diumumkan TIADA SEBARANG PEMBERIAN DUIT RAYA pada Syawal 1439/2018 kali ini.
InsyaAllah jika keadaan kewangan dan ekonomi memberangsangkan pada tahun hadapan, pemberian duit raya akan disemak semula. Tengok lah macam mana.
Pun begitu jika anak-anak menakan berhasrat nak menderma kepada kami bolehlah berbuat demikian dengan pm tepi.
“Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas”
Yang Ikhlas,
Pak cik dan makcik
No comments:
Post a Comment