Monday, May 28, 2018

kuba guling vs akok

Kuih Kuba Guling berjaya menjatuhkan Kuih Akok pada puasa kali ini. Itulah kuasa viral dan kuasa rakyat yang mampu menggulingkan populariti Akok.

Semoga Akok akan jadi pembangkang yang baik kepada Kuba Guling. Kepada Kuba Guling, rakyat telah memilih anda, jadilah yang terbaik dan tepatilah manifesto anda dulu. Jangan kedekut bahan sampai jadi tidak sedap.

Sama macam Akok, kekalahan anda bukan kerana rakyat tolak tapi mahu mengajar. Kalau dulu 3 biji seringgit  tapi sekarang 1 biji  harga RM 1. Tu pun rasa keenakkan asli telah hilang kerana penjimatan bahan asas iaitu telur.

Harap Akok reda dan kembali balik ingredient asal tok nenek dulu. Buang bahan2 hipster dalam adunan. Baru rakyat kembali menyokong. Kuba guling diharap dapat menyiasat isu santan dan telur tiruan seperti yang dijanjikan.

😂😂😂

No comments:

Post a Comment