Saturday, February 24, 2018

Rawatan ini tidak akan ditanggung kerajaan

*MULAI MAC 2018 INI, PIHAK HOSPITAL TIDAK AKAN MELAYANI PENYAKIT (MATA DAN HIDUNG)*

Pihak Kementerian Kesihatan dan hospital telah memutuskan bahawa mereka tidak akan menanggung biaya perubatan ke atas 2 penyakit kronik di bahagian mata dan hidung yang banyak dialami.
Dengan alasan bahawa 2 penyakit tersebut sulit untuk disembuhkan dan memerlukan waktu yang lama dalam proses penyembuhannya.

2 penyakit yang tidak akan dirawat dan dilayani di Hospital Kerajaan @ Poliklinik Kerajaan adalah :

1. *Mata keranjang*
2. *Hidung belang*

Tolong maklumkan utk kebaikan bersama.. Terima Kasih.

Thursday, February 22, 2018

Syair PRU...

Dah ada tandanya,
YB dikota dah pulang kedesa,
YB menghilang sudah dijumpa,
Sudah hadir kenduri kendara,
Sudah ziarah sanak saudara,

Dah simpan kereta lawa,
Hanya naik kancil atau motor sahaja,
Ada berbasikal dijalan raya,
Singgah kedai kopi bertegur sapa,

Senyum pula penuh mesra,
Siapa saja ditegur seolah kenalan lama,
Satu kedai kopi pasti dia belanja,
Boleh lah minum makan apa saja,

Solat jenazah pastinya dia dah ada,
Siap di pikul lagi dibahunya,
Kebumikan pula bersama sama,
Padahal sebelum ini tak nampak muka.

Rakyat mengadu disambut mesra,
Datin juga dah bertudung pula,
Hadir kemasjid ceramah agama,
Kononnya dia sudah bertaqwa..

Inilah drama pilihanraya,
Berulangkali setiap masa,
Rakyat pula mudah lupa,
Diberi kain, kopi dan gula,
Hiduplah mereka seperti biasa,
Dalam susah dan sengsara..
Sementera pemimpin mewah berharta..

Friday, February 16, 2018

Doa

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*Ya Allah...*
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

*Ya Allah...*
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah...

*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

Thursday, February 15, 2018

Grup jiran jiran lorong 9

+ Pak Man created group "Jiran-jiran Lorong 9"

+ Pak Man added 0157777897

Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dlm group ni?

Pak Man : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni.

Sabrani : Hi Leha.

Pak Atan : Morning Leha.

Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk?

Pak Man : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow.

Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes?

Leha : Tak suka la group ni.

Sabrani : Kami nak berukwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni.

Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada.

Pak Atan : Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer.

Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan.

Pak Atan : Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support.

Leha : Bagi Leha jadi Admin Pak Man.

Leha change to Admin

Leha added Kak Siah

Pak Atan left

Leha added Siti Salamiah

Sabrani left

Leha added Ustazah Kamariah

Pak Man left

Leha added Mia
Abg Jai left

Ustazah Kamariah : Group apa ni Leha?

Leha : Errrr.. Ni group kita org pompuan je...

(Kak siah, siti salamiah, ustazah dan mia ialah isteri pada pak man, sabrani, abg jai n pak atan.)

Wednesday, February 14, 2018

*STRICTLY FOR MEN ONLY*


*When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.*😆😆😆🤣😂
_~By Lee Majors_

*After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can't face each other, but still they stay together.* 🤣😤😂
_~By Al Gore_

*By all means marry. If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.*🤔🤣😤😂
_~By Socrates_

*Woman inspires us to great things and prevents us from achieving them.* 🤣😤😂
_~By Mike Tyson_

*The great question... which I have not been able to answer... is, "What does a woman want?*🤣😤😂
_~By George Clooney_

*I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me.* 😄😂😤🤣
_~By Bill Clinton_

*"Some people ask the secret of our long marriage. We take time to go to a restaurant two times a week. A little candlelight, dinner, soft music and dancing. She goes on Tuesdays, I go on Fridays."*😤😤😂
_~By George W. Bush_

*"I don't worry about terrorism. I was married for two years."* 🤣😤😂
_~By Rudy Giuliani_

*"I've had bad luck with all my wives. The first one left me and the second one didn’t.” The third gave me more children!*🤣😂😂
_~By Donald Trump_

*Two secrets to keep your marriage brimming*🤔😤
*1. Whenever you're wrong, admit it,*
*2. Whenever you're right, shut up.*
_~By Shaquille O’Neal_

*The most effective way to remember your wife's birthday is to forget it once.*😱😰👊🏻😤🤣😂
_~By Kobe Bryant_

*You know what I did before I married? Anything I wanted to.*😉😤😂
_~By David Hasselhoff_

*My wife and I were happy for twenty years. Then we met.*😜🤣
_~By Alec Baldwin_

*A good wife always forgives her husband when she's wrong.*😂
_~By Barack Obama_

*Marriage is the only war where one sleeps with the enemy.*😤😂
_~By Tommy Lee_

*A man inserted an 'ad' in the classifieds: "Wife wanted". Next day he received a hundred letters.  They all said the same thing: "You can have mine."*😂
_~By Brad Pitt_

*First Guy (proudly): "My wife's an angel!"*
*Second Guy : "You're lucky, mine's still alive."* 😤🤣
_~ By Jimmy Kimmel_

*“First there is the promise ring, then the engagement ring, then the wedding ring...soon after....comes SuffeRing!*🤣😤😂
_~By Jay Leno_

*"The reason why wives live longer is because they don't have a Wife"*🤣😤😂
_~By Brandon Breezy_

*Forward this to all the guys to give them a good laugh .......and to the ladies with good sense of humour who can handle it!!!!!!!😀😀😀*

Tuesday, February 13, 2018

Pastikan dulu apakah tujuan akhir kita

**

Seorang pengurus yang memiliki gaji 30,000/bulan sedang berdiri di tepi pantai dan memandang ke arah laut, ketika seorang nelayan merapatkan perahunya.

Pengurus itu bertanya :
Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk menangkap ikan sebanyak ini?

“Tidak lama, 5 jam sahaja " jawab nelayan.

“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menangkap lebih banyak lagi ?”

“Ini sudah cukup buat keluargaku.”

“Apa yang di lakukan diluar waktu menangkap ikan?”

“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”

“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus.

“Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menangkap ikan, beli perahu yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa perahu.’

Jangan jual ikan kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri.

Kendalikan produk, agihan dan penghantaran.Setelah itu anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”

“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya nelayan yang mulai tertarik.

“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus.

“Setelah itu tuan ?”

“Inilah bahagian yang paling menarik,
Anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”

“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”

“Lalu, tuan boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.

Oooooooh..

kalau TUJUAN AKHIR nya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan,

Kalau menunggu 20 tahun lagi, anak-anak saya sudah besar, jadi tak mungkin lagi saya bermain dan mengantar mereka ke sekolah. Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si nelayan sambil meninggalkan manager yg kebingungan.

*Moral of Story* :

*Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu*
*Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu*
*Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini*

Monday, February 12, 2018

Pak aji nak bebini baru

Nama saya Hj Othman ( Panggilan org taman ni ) umur 58 thn. Sejak pencen 3 thn yg lalu, saya banyak menghabiskan masa dgn  Masjid sahaja., Solat 5 waktu dan menghadiri Majlis2 ilmu.

Itulah rutin harian saya sejak pencen, mencari bekalan Akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.

5 org anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di kejiranan saya , 2 rumah sebelah rumah saya tinggal seorg wanita yg telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya  panggil dia sebagai Ani, yg berumur 39 thn. Tiap pagi beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua2 anak perempuan beliau umur 11 dan 12 thn itu mengaji dgn isteri saya.

Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 itu kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.

Saya sendiri juga jarang berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu ( tarikh tak ingat ) selepas Kuliah di Masjid yg mana Ani juga hadir.

Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn saya.

"Saya tahu abg Othman terkejut, tetapi Ani sudah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Othman serta isteri abg. Ani ikhlas!" Kata Ani sambil memakai seliparnya utk pulang kerumah.

"Isteri abg pasti pengsan dengar perkara ni." Jawab saya.

"Kita kawin senyap2 je dulu bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri.

Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu... Dilemma.

Bantulah saya...

Inilah contoh soalan peperiksaan SPM subjek Bahasa Malaysia 2 utk 2018.

Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sekiranya Hj Othman l berkahwin senyap2 dgn Ani. Apakah isteri Hj Othman akan betul2 pengsan?

(Markah 50%)