Sunday, June 10, 2018

microsleep lagi satu

MICROSLEEP;

Tiba tiba menjadi sebutan berikutan kemalangan maut yang menjadi viral baru-baru ini. Sebelum saya menulis lanjut, kita sedekahkan dulu surah Al Fatihah kepada semua mangsa kemalangan.
Saya cuba tulis dalam bahasa yang mudah difahami dan maafkan saya jika ada bahasa rojak dan pasar dalam perkongsian ini.

Microsleep ni ialah
1-tertidur beberapa saat ( 2 -30 saat)
2-tidur yang tidak diminta-belum  bersedia untuk tidur lagi.
3-tertidur ketika sedang melakukan sesuatu perkara yang sama secara berterusan ( monotonous) seperti memandu, menelaah, mengendalikan mesin , membuat kerja-kerja di komputer.
-Tertidur ketika kelopak mata terbuka tetapi otak telah di dalam mode tidur.

TANDA TANDA AWAL MICROSLEEP
Sila ambil berat amaran berikut;

-Rasa mengantuk.
-mempunyai masalah membuka mata ( kelopak mata rasa berat)
-Mata mula berkelip-kelip.
-Fikiran melayang- layang , sukar untuk fokus kepada arah atau perbuatan.
Jika memandu ada kalanya tersalah simpang, terlajak atau terlupa.
-Mula menguap banyak.
-Mood boleh berubah & mudah berasa marah.
-Kepala mula tersengguk- sengguk

TIP- TIP MENGELAK MICROSLEEP
-Elakkan memandu semasa anda berasa kurang berwaspada dan “tak sedap hati”
-Elakkan memandu ketika waktu tidur anda ( biological watch) Ini termasuk waktu malam atau awal tengah hari.
-Dapatkan tidur yang cukup sebelum perjalanan panjang.
-Jangan memandu apabila anda mula rasa mengantuk. Berhenti dan tidur  selama 20 minit apabila anda memerlukan rehat (power nap/ qailullah)
-Lakukan stretching atau senaman mudah untuk melegakan tubuh ketika berhenti berehat.
-Sebaiknya memandu  ditemani dengan orang lain dan  boleh bergilir-gilir untuk memandu.
Atau bawa penumpang yang membantu berjaga melalui perbualan. Mereka juga boleh mengenali  tanda-tanda awal microsleep dan menasihati pemandu untuk rehat .
-Aktifkan dan cerdas fikiran .
Dengar muzik yang bersemangat  atau dengar rancangan radio untuk membantu minda anda tetap fokus.

Apapun kita perbetulkan niat kita untuk bermusafir. Kita mahu berjumpa orang tua, saudara mara dan sahabat handai di hari mulia ini untuk bermaaf- maafan, mengeratkan silaturahim dan menjalinkan ukhwah.
Pastikan kenderaan di dalam keadaan Selamat.
Ikuti undang- undang jalan raya.
Dan mulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan.

Selamat Hari Raya
Maaf zahir & batin.

Dr. Sani Ashari ( MD, USM)
Platinum Holistic Resources
Vista Alam, Shah Alam.

Saturday, June 9, 2018

microsleep

MICROSLEEP

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

#drafh
#microsleep
#opssikap

Friday, June 8, 2018

joke of the day

JOKE OF THE DAY!!!
A man returns a book to the library,
banged it on the counter and yelled, “I read this entire novel; there are too many names of people and no story at all!”
The Librarian looks up and responds,
“Idiot! So you were the one who took the Attendance book?"
😳😂😂😂😂😂😂😂😂
Don't laugh alone
Do have  a nice day.

Wednesday, June 6, 2018

tanda pada ayam

Sempat tanya toke ayam kat pasar pgi tadi..

Panduan sebelum beli ayam. Kalau nak beli ayam, beli ayam yang bontot PUTIH

Bontot putih - Ayam diproses selepas ayam betul-betuk mati

Bontot merah - Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

Bontot biru - ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

-Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam- Wallahualam..
[6/4, 9:43 PM] Mat Harun: Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian-bahagian ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.. ini juga info dari pekerja di pusat penyembelihan ayam

ayah

"Ayah, adik nak kasut Spiderman yang ada lampu untuk raya tau."

"Kakak nak gaun yang ada ropol-ropol tu. Yang kita tengok kat pasaraya minggu lepas."

Si ayah tersenyum lantas mengangguk-angguk kepala. Tidak sanggup dia untuk berkata tidak pada anak-anaknya yang dikasihi sepenuh hati.

Lagi pun anak-anaknya tahun ini puasa penuh. Padahal baru sahaja menjejak kaki ke Tadika dan Sekolah Rendah.

Isterinya memandang dari jauh. Melihat suaminya melayan karenah anak-anak yang tak sabar hendak beraya. Hendak pakaian baru sama seperti kawan-kawan mereka.

Anak sekecil itu tidak faham. Gaji ayah mereka tidaklah besar mana. Lagi pun, bulan ini tuan rumah berkeras supaya tunggakan sewa bulan lepas dilangsaikan sekali gus. Sudah minta bayar ansuran, namun tidak diendahkan.

Barangkali tuan rumah nak beraya sakan. Mereka tak nak fikir masalah orang. Janji payment masuk setiap bulan seperti perjanjian.

Sewa bulan lepas tertunggak bila tayar kereta kena tukar baru. Kena pula sambung road tax yang dah mati. Ingatkan tuan rumah boleh bertolak ansur bayar secara ansuran. Rupanya tidak.

Nak kata apa? Itu rumah dia. Turut sajalah.

Maka bajet untuk raya lari jauh. Si isteri faham sangat, namun budak-budak apa mereka tahu? Mereka hanya tahu raya hari bergembira. Dapat pakai baju baru, seluar baru, kasut baru.

Itu sahaja. Sedang si ayah bertungkus lumus bekerja. Kerja sampingan pun buat juga demi anak isteri tercinta.

"Bang, baju raya saya tak perlulah tahun ni. Baju tahun-tahun sudah elok lagi. Saya tak kisah pun."

Kata si isteri di suatu malam. Dia diam sambil tersenyum sahaja. Isterinya sangat memahami. Tidak meminta-minta dan tahu kemampuan kewangannya.

Namun disudut hati yang paling dalam, dia rasa sedih sangat. Dia ketua keluarga. Tidak dapat menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak isteri mencalar egonya. Sangat meruntun jiwanya.

Dua hari sebelum raya, si ayah pulang bawa kasut ada lampu buat adik. Buat kakak, gaun beropol-ropol macam Cinderella. Anggun sekali.

Anak-anak bersorak riang. Isteri memandang dengan senyuman walau hati masih bertanya di mana suaminya cari duit beli semua itu.

"Awak. Sini kejap."

"Apa bang?"

"Nah. Cuba dua pasang baju raya ni."

Si isteri terpaku. Walau mulut kata tak mahu, namun disudut hati dia juga hendak merasa pakai baju baru di hari raya nanti.

"Abang! Mana abang dapat duit. Terima kasih banyak. Cantiknya!"

"Ada rezeki lebih abang bantu kawan pindah rumah. Dia bagi upah. Cubalah."

Si suami tersenyum puas melihat anak isterinya gembira. Baginya, itulah bahagia. Tidak ternilai harganya.

Dia sanggup korbankan apa saja untuk kebahagiaan keluarganya. Apa sahaja.

"Baju raya abang mana?" soal si isteri.

"Esok abang beli. Pergi tadi saiz tak ada," bohong suami disebalik senyuman.

Sedangkan memang tak ada bahagian dah untuk dia. Tak apalah dia pakai baju lama pun. Asalkan dapat melihat anak isteri tersenyum ria.

"Eh abang. Mana cincin dan jam kesayangan abang?"

Si suami tidak menjawab. Dia buat-buat tidak dengar dan terus pergi ke arah anaknya sambil melayan anak-anak itu mencuba pakaian baru.

"Abang!"

Dan air mata menitis laju dipipi sang isteri. Walau langit tidak mendung, namun ada hujan mencurah-curah diwajah.

*******

Sebenarnya, banyak pengorbanan seorang lelaki bergelar suami dan ayah pada keluarga mereka.

Tidak banyak yang tertulis, tidak banyak yang terlukis. Kerana lelaki menelan semua air mata, menyorok segala kegusaran disebalik sebuah senyuman.

Demi melihat gelak tawa dan kegembiraan ahli keluarganya.

Hormati suamimu, taati ayahmu. Jasa mereka tidak terbalas.. Allahu Akbar.. Percayalah!
- Ayah. Insan yang banyak berbohong demi melihat kebahagiaan isteri dan anak-anak. -
.

Berita terkini.

*Kes Pelancong ditetak pantai Teluk Chempedak Kuantan, Pahang,oleh Penjenayah Warga Asing*

KUantan : Berita terkini yg berlaku di Pantai Teluk Chempedak sebentar tadi. 05 Jun 2018 jam 01:48pm td...Sekumpulan samseng; yang dipercayai warga asing telah memeras ugut seorang pelancong dari Jepun di Pantai Teluk Chempedak. Saksi di tempat kejadian memberitahu, dia melihat penjenayah-penjenayah itu meminta supaya pelancong Jepun itu menyerahkan semua wang, barang kemas, telefon bimbit serta kamera kepada samseng samseng tersebut, tetapi pelancong Jepun itu cuba melawan. Oleh kerana tidak dapat mengalahkan pelancong itu yg dipercayai pakar karate, mereka akhirnya telah menetak pelancong itu dengan menggunakan parang dan lalu beramai ramai mencampakkan pelancong itu ke dalam laut. Tatkala penjenayah-penjenayah itu cuba beredar, mereka dikejutkan dengan satu bunyi yang pelik lalu menoleh kearah bunyi pelik itu tadi dan mendapati ia datang dari arah pelancong Jepun tadi yg dibuang ke laut. Tiba tiba tanpa diduga oleh penjenayah, pelancong yg disangka telah mati itu telah bertukar menjadi ultromen!.... Lalu bertempiaranlah mereka melarikan diri, siapa kata kita rakyat malaysia malas membaca....😂🤣🤣🤣🤣🤣😂

Tuesday, June 5, 2018

lailatul qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah. Setahun sekali kau ke masjid ada angan2 nak jumpa lailatur qadar konon. Aduiii....

## selamat beramal  di mlm2 terakhir ramadhan.