MICROSLEEP;
Tiba tiba menjadi sebutan berikutan kemalangan maut yang menjadi viral baru-baru ini. Sebelum saya menulis lanjut, kita sedekahkan dulu surah Al Fatihah kepada semua mangsa kemalangan.
Saya cuba tulis dalam bahasa yang mudah difahami dan maafkan saya jika ada bahasa rojak dan pasar dalam perkongsian ini.
Microsleep ni ialah
1-tertidur beberapa saat ( 2 -30 saat)
2-tidur yang tidak diminta-belum bersedia untuk tidur lagi.
3-tertidur ketika sedang melakukan sesuatu perkara yang sama secara berterusan ( monotonous) seperti memandu, menelaah, mengendalikan mesin , membuat kerja-kerja di komputer.
-Tertidur ketika kelopak mata terbuka tetapi otak telah di dalam mode tidur.
TANDA TANDA AWAL MICROSLEEP
Sila ambil berat amaran berikut;
-Rasa mengantuk.
-mempunyai masalah membuka mata ( kelopak mata rasa berat)
-Mata mula berkelip-kelip.
-Fikiran melayang- layang , sukar untuk fokus kepada arah atau perbuatan.
Jika memandu ada kalanya tersalah simpang, terlajak atau terlupa.
-Mula menguap banyak.
-Mood boleh berubah & mudah berasa marah.
-Kepala mula tersengguk- sengguk
TIP- TIP MENGELAK MICROSLEEP
-Elakkan memandu semasa anda berasa kurang berwaspada dan “tak sedap hati”
-Elakkan memandu ketika waktu tidur anda ( biological watch) Ini termasuk waktu malam atau awal tengah hari.
-Dapatkan tidur yang cukup sebelum perjalanan panjang.
-Jangan memandu apabila anda mula rasa mengantuk. Berhenti dan tidur selama 20 minit apabila anda memerlukan rehat (power nap/ qailullah)
-Lakukan stretching atau senaman mudah untuk melegakan tubuh ketika berhenti berehat.
-Sebaiknya memandu ditemani dengan orang lain dan boleh bergilir-gilir untuk memandu.
Atau bawa penumpang yang membantu berjaga melalui perbualan. Mereka juga boleh mengenali tanda-tanda awal microsleep dan menasihati pemandu untuk rehat .
-Aktifkan dan cerdas fikiran .
Dengar muzik yang bersemangat atau dengar rancangan radio untuk membantu minda anda tetap fokus.
Apapun kita perbetulkan niat kita untuk bermusafir. Kita mahu berjumpa orang tua, saudara mara dan sahabat handai di hari mulia ini untuk bermaaf- maafan, mengeratkan silaturahim dan menjalinkan ukhwah.
Pastikan kenderaan di dalam keadaan Selamat.
Ikuti undang- undang jalan raya.
Dan mulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan.
Selamat Hari Raya
Maaf zahir & batin.
Dr. Sani Ashari ( MD, USM)
Platinum Holistic Resources
Vista Alam, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment