Sunday, December 31, 2017

Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing.

Jadi katak itu pun masuk kedalam air
dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan:
jangan makan cacing ni,
sebenarnya ini perangkap,
kalau kau makan juga,
kau akan di tangkap,
perut kau akan di belah,
kulit kau akan dibakar atas api.

Mereka akn makan makan kau
(sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat)

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu,
ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas,
ikan itu terkejut,
dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yg dia akan di bakar,
kulitnya akan disiat,
perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal.
Tapi,
tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia,
bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti,
padang masyhar,
balasan neraka,
balasan syurga,
azab neraka,
titian sirat,
kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yg dibakar atas api.

Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018 M.🙂

Sahabat

🌸🍂🌸🍂🌸🍂🌸
🍂🌸🍂🌸🍂
*_Assalamualaikum_*
*```_______________*```

🐱 *```Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam,*```

🐹 *```Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam,*```

🐰 *```Esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan,*```

🐻 *```Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam,*```

🐼 *```Tapi andai esok tiada lagi kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan.*```

🎉 *```Indahnya dunia hanya sementara,*```
💖 *```Indahnya cinta hanya seketika,*```
🤔 *```Indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti,*```
👭 *```Tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.*```

💞 *```Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang,*```

💘 *```Persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu*```

💔 *```Persahabatan tak ada class kalau hati tak ikhlas.*```

🙋🏻 *```Carilah aku kalau aku tiada di syurga*```

*```Sahabat selamanya...*```
🍂🌸🍂
🌸🍂🌸🍂🌸
🍂🌸🍂🌸🍂

*_Selamat menyambut tahun baru 2018._*

Saturday, December 30, 2017

*"TAHUN BARU BUKAN SESUATU YANG SPESIAL"*

*1.* Yang spesial, bukan jam 12 malam, tapi 1/3 MALAM TERAKHIR.

*2.* Yang hebat, bukan menunggu detik-detik pergantian tahun, tp menunggu AZAN subuh di mesjid.

*3.*Yang super, bukan begadang berpesta lalu tidur pagi, tapi tidur lebih awal dan BANGUN LEBIH AWAL (baca: subuh) dengan segar.

*4.* Yang membahagiakan, bukan menghambur-hamburkan harta dengan pesta pora, tapi SEDEKAH esok di pagi hari lalu dirutinkan di hari-hari selanjutnya.

*5.* Yang menjayakan, bukan ikut di keramaian acara tahun baru, tapi BERJAMAAH SUBUH.

*6.* Yang luar biasa, bukan mendeklarasikan harapan saat kembang api memuncak, tapi saat ALLAH turun ke langit bumi dan kita bisa memanjatkan doa pada-Nya.

Baarakallahu Fiikum.🙏🏻🙏🏻

MUHASABAH

Besar atau kecil sesuatu masalah itu bergantung kepada cara pemikiran Kita. Jika Kita berfikiran lebih luas (think big) , masalah akan nampak kecil. Jika Kita berfikiran sempit, atau terlalu fokus kepada masalah itu, masalah itu Akan jadi BESAR"

Friday, December 29, 2017

Kisah bola

Ketika kita (suami isteri) masih muda dan memiliki anak2 yg masih kecil, maka anak2 menjadikan kita seperti BOLA BASKET 🏀 yg selalu menjadi rebutan kerana ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita menjadi tua, kita akan seperti BOLA TAMPAR yang dibuang ke sana ke mari, dari satu anak ke anak yang lain karena mereka anggap orang tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka utk beraktiviti.

Dan ketika kita telah menjadi semakin tua, maka anak-anak memperlakukan kita seperti BOLA SEPAK ⚽ yg ditendang kesana kemari kerana semakin menyusahkan dan hanya dianggap sbg beban.

Dan ketika kita sudah nyanyuk, anak anak mungkin memperlakukan kita seperti bola golf dibuang sejauh mungkin ⛳.
Dan mungkin berharap agar bola golf segera masuk lubang.

Ingatlah, sebagai anak2 yg memiliki orang tua, kitapun akan menjadi tua seperti mereka, dan apa yg kita telah tabur didalam kehidupan, akan kita tuai hasilnya dikemudian hari.

Oleh sebab itu jadikanlah ibu & bapamu seperti BOLA RUGBY 🏈meskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didekap dgn eratnya...  Semangaat yaaaaaaaa!

Sayangi ibu bapa kita selama masih ada kesempatan. 😊👌👍💝

Thursday, December 28, 2017

*Memiliki sahabat-sahabat yang soleh*

Nikmat yang paling besar pada zaman ini selepas iman dan hidayah ialah dapat bersahabat dan memiliki kawan yang soleh dan solehah.

Merekalah harta, teman dan penguat semangat di waktu susah dan pembantu di waktu lemah.

Allah menyalurkan pertolongan-Nya dan nusrah melalui mereka. Semakin ramai sahabat maka akan semakin besar nusrah dan pertolongan yang dimiliki.

Sahabat yang soleh ialah harta yang paling bernilai di akhir zaman ini.

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah (wafat 110 H);

استكثروا في الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة
'Perbanyakkanlah berkawan dengan orang yang beriman kerana mereka itu akan dapat menjadi pemberi syafaat (kepada kita) di hari kiamat.'

[Ma'alim at-Tanzil, Al-Baghawi]

# Di dunia mereka sahabat, di akhirat mereka menjadi pemberi syafaat...✍🏻

Wednesday, December 27, 2017

Ibu Bapak sombong

Aku nak ingatkan satu benda kepada mereka yang bergelar ibu bapa.

' Sebaik kau melangkah masuk ke kawasan sekolah, sila tinggalkan pangkat dan darjat kau orang kat pagar tu. "

Nanti pulang, ambil balik la pangkat tu. Tak kira apa pangkat sekali pun. Masuk je pagar sekolah, cukup bawa pangkat sebagai seorang ibu atau seorang ayah kepada seorang murid yang diajar oleh guru-guru biasa yang penuh komited menjalankan tugas.

Aku menulis hal ini, kerana banyak berlaku di depan mata aku sendiri ibu bapa yang bawa pangkat masuk ke kawasan sekolah. Bila anak dijentik, bila ada apa jua salah faham, ada yang datang tanpa lapor diri kat jaga. Main redah sahaja. Konon sebab dia orang besar.

Terus terjah masuk bilik GB atau Penolong Kanan dan dengan bongkak berkata,

" Cikgu tahu siapa saya? Saya Datuk bla...bla...bla..."

" Saya ini pengurus syarikat bla...bla...bla..."

" Saya ini rapat dengan menteri bla...bla...bla..."

" Abang saya kerja KPM. Orang besar bla...bla...bla..."

Tan Sri, Dato-dato, Datin-datin, orang-orang kenamaan sekalian, dengar sini Cikgu Korea nak cakap. Aku tahu kalian 'jual' nama dan pangkat itu nak bagi cikgu rasa gerun dan hormat pada kalian. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu itu tujuannya.

Tapi tahukah kalian, sebaik kalian menuturkan ayat tersebut, perkara pertama yang terlintas dihati para guru ialah,

" Sombong betul dia ni."

Hanya jelek penuh jengkel menyerang hati dan minda para guru sebaik mendengar ayat itu. Tiada langsung rasa hormat pada pangkat dan nama melainkan yang tinggal hanya perasaan jelek dan menyampah yang membuak-buak.

Tindakan menjaja pangkat dan nama orang kenamaan tidak sedikit pun memberi keuntungan pada tuan puan. Tidak!

Bahkan anak tuan puan makin dijauhi kerana kesombongan tuan puan.

" Itulah anak datuk yang sombong tu. Kau hati-hati kalau nak marah atau tegur anak dia. Nanti dia serang sekolah."

Ini ayat yang akan menjadi buah mulut cikgu-cikgu.

Apa jadi pada anak-anak kalau salah mereka tidak lagi dimarah dan ditegur? Apa kesan pada akhlak mereka?

Kau mungkin berasa hebat. Kau mungkin rasa 'power' bila tiada lagi guru berani tegur atau marah anak kau.

Tapi sejujurnya, anak itu dipulau. Anak itu tersisih dari didikan yang sepatutnya dia terima.

Dan sejujurnya, anak itu menjadi mangsa. Mangsa kesombongan pangkat dan nama yang kau jaja.

Masih rasa sombong dan bongkak dengan pangkat dan gelaran?

Fikirkan semula.

#MFS
- Biar tiada nama dan pangkat asal beradab. Itu lebih dihormati. Percayalah!

Tuesday, December 26, 2017

A to Z

Assalamualaikum slmt pg semua    🍃_ Seblum Tamatnya Tahun, 2⃣ 0⃣ 1⃣ 7⃣
Sebelum Masuknya Tahun, 2⃣ 0⃣ 1⃣ 8⃣
Maafkan semua Kesalahan Saya...
Dari *A* Hingga *Z* 😌
*A* : Angkuh, 😒
*B* : Bohong, 😷
*C* : Cemburu, 😓
*D* : Dengki, 😒
*E* : Ejek, 😜
*F* : Fitnah, 😳
*G* : Gosip, 😪
*H* : Hutang, 😂
*I* : Ingkar, 😔
*J* : Jahat, 😱
*K* : Kejam,😰
*L* : Lupa, 😠
*M* : Majuk, 🙄
*N* : Nakal, 😞
*O* : Olok2, 😝
*P* : Pelik, 😉
*Q* : Qecil Hati, 😁
*R* : Risau, 😏
*S* : Sindir, 😚
*T* : Terasa Hati, 😔
*U* : U Rase Ade Lagi tak,❓
*W* : Wah! Ada Lagi, 😧
*X* : X- Ray Lah Hati, 😊
*Y* : Yang lain Ada lagi tak,❓
*Z*: Zero barangkali, 😂

Kalau Ada Percakapan Saya Yang Tak Menyenangkan Saya Minta Ampun Dan Maaf..😉 harap dimaafkan😌

🍃 *_Sesunguhnya org yg meminta maaf itu berani dn org yg memaafkan org itu mulia_* 🍃

Kita sebenarnya tiada apa apa

Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tongsampah. Katanya , Syukur Allah. Aku tak miskin.

Lelaki miskin itu memandang sekeliling & nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , Syukur Allah. Aku tidak gila.

Lelaki gila memandang ke depan & nampak ambulans membawa seorang pesakit. Dia berkata, Syukur Allah. Aku tidak sakit.

Org sakit di hospital melihat troli yg mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata Syukur Allah, aku belum mati.

Hanya orang mati saja yg tidak dpt bersyukur & berterima kasih kpd Allah.

Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baru?

*Apakah sebenarnya kehidupan?*

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 lokasi ini :

*1. Hospital*
*2. Penjara*
*3. Tanah perkuburan*

Di hospital, akan kau fahami tiada ada yg lebih indah dari *kesihatan*.

Di penjara, kau akan tau *kebebasan* adalah amat berharga.

Di tanah perkuburan, kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yg kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.

Kebenaran yg menyedihkan : Kita dtg tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2. Jadi mari kita rendahkan diri & mensyukuri serta berterima kasih kpd Allah sepanjang masa utk segala2 nya.

Monday, December 25, 2017

*Alkisah Sebuah Rumah*

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai kawanku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri.

Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain.

Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja.

Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda.

Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"

BerSyukurlah

*Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,* *Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah*. *Aku melihat hidup teman-temanku tidak ada duka dan kepedihan*, *Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.* *Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,* *Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya*. *Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,* *Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.* *Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung* *Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung* *Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..* *Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..* *Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini* *Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapanNya*. *Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.* *Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.* *Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.* *Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.* *Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.* *Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.* *Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya..* *Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..* *Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.* *Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.* *Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.* *Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.* *Ikhtiar itu perbuatan*. *Rezeki itu kejutan*. *Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,* *"Dari mana dan digunakan untuk apa"* *Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...* *Halalnya dihisab dan haramnya diazab* *Maka, aku tidak boleh merasa irihati pada rezeki orang lain* *Jujur bila berkata* *Hayati bila membaca* *Ikhlas bila menerima..*

Ayah oh ayah

3 Benda Yang Anak Sangat Perlu Daripada Seorang Ayah

1. Idola
Anak ni peniru terhebat. Pada fasa permulaan, anak akan banyak meniru ibunya tapi di atas umur 7 tahun, ayahlah yang paling diperlukan untuk membentuk identiti dan karakter si anak tadi

2. Penyelamat
Anak perlu rasa selamat bersama ayahnya sendiri. Rasa selamat tu la yang membuatkan anak boleh bertahan daripada pengaruh luar. Anak yg tak rasa selamat biasanya cenderung terjebak dengan anasir negatif

3. Berpendirian
Anak ni sangat rapuh dan perlukan orang yang berkarakter kuat untuk dia hormat dan berpaut. Hormat akan datang bila ayah tegas dengan prinsip diri. Ayah tak perlu bengis tapi cukup je bersikap tegas dengan keputusan sendiri + bertimbang rasa. Bila sekali dah cakap NO memang kena NO la dengan keputusan akhir kita.

#notaparentingTaufiqRazif
Join Telegram Parenting :
klik t.me/NotaTaufiqRazif

Sunday, December 24, 2017

Bitcoin

Want to know about

      *BITCOIN*

A lot of monkeys lived near a village.🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒

One day a merchant came to the village to buy these monkeys!🐵🐵🐵🐵🐵🐵

He announced that he will buy the monkeys @ $100 each. 🐵💵

The villagers thought that this man is mad.😇

They thought how can somebody buy stray monkeys at $100 each?🤔

Still, some people caught some monkeys and gave it to this merchant and he gave $100 for each monkey. 😬

This news spread like wildfire and people caught monkeys and sold it to the merchant.😬

After a few days, the merchant announced that he will buy monkeys @ 200 each. 🐵💵💵

The lazy villagers also ran around to catch the remaining monkeys!🐒🐒🐒🐒🐒🐒

They sold the remaining monkeys @ 200 each.😋

Then the merchant announced that he will buy monkeys @ 500 each!
😮💵💵💵💵💵

The villagers start to lose sleep! ... They caught six or seven monkeys, which was all that was left and got 500 each.🙊🐵🐵🐵🐵🐵🐒

The villagers were waiting anxiously for the next announcement.🙄

Then the merchant announced that he is going home for a week.  And when he returns, he will buy monkeys @ 1000 each!🐵💵💵💵💵💵💵💵💵💵💵

He asked his employee to take care of the monkeys he bought.  He was alone taking care of all the monkeys in a cage.🤠🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒

The merchant went home.😎

The villagers were very sad as there were no more monkeys left for them to sell it at $1000 each.☹😞😓

Then the employee told them that he will sell some monkeys @ 700 each secretly. 😶

This news spread like fire.  Since the merchant buys monkey @ 1000 each, there is a 300 profit for each monkey.😬

The next day, villagers made a queue near the monkey cage.🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐵🐒🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑🤑

The employee sold all the monkeys at 700 each.  The rich bought monkeys in big lots.  The poor borrowed money from money lenders and also bought monkeys!
🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒💵💵💵💵💵💵💵💵💵💵

The villagers took care of their monkeys & waited for the merchant to return. 😕

But nobody came! ...😤 Then they ran to the employee...🤠

But he has already left too !😉

The villagers then realised that they have bought the useless stray monkeys @ 700 each and unable to sell them! 😩😫😨😰😭😭😭😭😭😭
The Bitcoin will be the next monkey business
😜

It will make a lot of people bankrupt and a few people filthy rich in this monkey business. 🐒😉😅

That' how it will work🤣

Kepada Mak bapak yg suka bohong

*👣 kongsi info*

Aku nak dedahkan perangai tak elok segelintir ibu bapa. Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat.

Ada segelintir ibu bapa suka berbohong tentang maklumat diri. Terutama bila mereka kerja sendiri.

Tempat ruangan pendapatan tu dia letak gaji RM700- RM1000 sahaja. Maka bila ikut kira-kira, anak dia layak dapat semua bantuan yang ada. RMT, KWAMP, bantuan RM100 setiap anak dan sebagainya.

Tapi bila pergi ke rumah, rupanya ada kereta mewah. Ada pula kereta kedua malah ke tiga. Motor dua tiga biji. Rumah milik sendiri yang agak besar juga. Duit poket anak pun mampu beri hingga RM5 sehari.

MasyaAllah. Tidak ada sedikit rasa bersalahkah dalam hati mereka-mereka ini?

Menipu pendapatan untuk sedikit bantuan. Mengambil benda yang bukan hak kita.

Bagaimana status halal haram setiap suap nasi RMT yang anak kau suap itu? Bagaimana status halal haram setiap wang ringgit yang diambil bukan milik kita?

Apa kamu masih punya agama?

Makan benda yang bukan hak ini memberi kesan. Tidak hairanlah bila belajar anak susah faham. Tidak hairanlah jika hidup tidak berkat walau dikelilingi duit yang banyak. Itu belum dikira pembalasan di hari akhirat.

Usah tamak bantuan yang sedikit. Usah gelojoh dengan peluang yang bukan milik kita.

Tidak berbaloi hanya kerana sedikit bantuan yang kita perolehi secara haram, kesannya besar pada anak-anak dan keberkatan hidup sepanjang zaman.

Yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan.

Bila Allah dah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri.

Begitulah.

-Memerhati dengan meluat sikap mereka yang tamak.

#kopi paste group sebelah.

Wednesday, December 20, 2017

Tujuh Kebahagiaan Dunia

*🌹" Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :*

*🌹1. Qalbun syakirun*
_🍃atau hati yang selalu bersyukur_

*🌹2. Al azwaju shalihah*,
_🍃iaitu pasangan hidup yang soleh_

*🌹3. Al auladun abrar,*
_🍃iaitu anak yang soleh_

*🌹4. Albiatu sholihah,*
_🍃iaitu suasana yang kondusif (baik)  untuk iman kita_

*🌹5. Al malul halal,*
_🍃atau harta yang halal_

*🌹6. Tafakur fi dien,*
_🍃atau semangat untuk memahami agama_

*🌹7. Umur yang barakah*
_🍃- ertinya umur yang semakin tua semakin soleh_,
*☝🏼yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah."*

JIKA SELEPAS INI

Jika selepas ini
Anak tuan melanggar disiplin sekolah
Kami tidak akan menghukum
Kerana tugas kami mengajar di dalam kelas

Jika selepas ini
Anak tuan ada masalah kesihatan di sekolah
Kami tidak akan merawat mereka hatta sebiji panadol atau setitis minyak angin
Kerana kami bukan doktor

Jika selepas ini
Jika anak tuan mewakili sekolah
Ke pertandingan di sekolah lain
Pergilah sendiri
Kerana kami bukan driver

Jika selepas ini
Anak tuan ditinggalkan bas
Ajarlah dia untuk naik uber
Supaya selamat sampai ke rumah

Jika selepas ini
Jika tiada lagi kelas tambahan UPSR
carilah pusat tuition
Kerana kami perlu mendidik anak sendiri
Dan sediakan kopi untuk suami.

Jika selepas ini.
Guru-guru pulang awal
Jangan ditanya kenapa
Kerana tugas guru telah selesai

#cikguazizan

Tuesday, December 19, 2017

Pesanan untuk ibu bapa

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. *Anak kita bukan baik sangat.*

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. *Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. *Anak kita juga pandai menipu.*

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. *Anak kita layak dimarah.*

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. *Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. *Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. *Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. *Duit bukan segalanya.*

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. *Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. *Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. *Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.*

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. *Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. *Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.*

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Monday, December 18, 2017

Ibu bapa kena baca ni

Untuk ibu bapa di luar sana...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

*ustazah Aizah
18 Disember 2017

Sunday, December 17, 2017

Rumah kita

#copypastedarigroupwhatsapp

"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana"

Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua😊😊😊 FB: *ZuwairiSafar*

Thursday, December 14, 2017

*Workplace rules for happy life:*

1. Trust no one but respect  everyone.

2. What happens in office, remain in office. Never take office gossips to home and vice versa.

3. Enter office on time, leave on time. Your desktop is not helping to improve your health.

4. Never make Relationships in the work place. It will always backfire.

5. Expect nothing. If somebody helps, feel thankful. If not, you will learn to know things on your own.

6. Never rush for a position. If you get promoted, congrats. If not, it doesn't matter. You will always be remembered for your knowledge and politeness, not for your designation.

7. Never run behind office stuff. You have better things to do in life.

8. Avoid taking everything on your ego. Your salary matters. You are being paid. Use your assets to get happiness.

9. It doesn't matter how people treat you. Be humble. You are not everyone's cup of tea.

10. In the end nothing matters except family, friends, home, and Inner peace.

World's Mental health day theme by WHO.
*Mental Health at work place*

http://www.who.int/mental_health/world-mental-health-day/2017/en/

Jangang tebeng

*Jangang Tebeng*

Jangang tebeng
Makang rasuoh
Seleweng dang pecoh amanoh
Dok berkat makang kedaroh
Hidup habis punoh-ranoh
Masyarakat pong habis musnoh

Jangang tebeng
Suka lebong
Orang ramai abih keccong
Pecoh bor abih lari saing roddong
Lamakang kena kejjong
Baru muka bekok cobbong

Jangang tebeng
Kenak dang deki
Ke orang laing sokmo dok puah hati
Dia je baguh serba-serbi
Orang gining ada nyakit dalang hati
Ubat yer kena banyok ingak ke mati
Barulah jadi kador ke diri

Jangang tebeng
Ek dang gong
Kita ning takdok benda pong
Dok rok cettong
Bakpe nok agah dang sombong
Amalang pong rengang lepong
Guanelah  nasib esok-esok kat tepak beripong

Jangang tebeng
Biadap ke orangtua
Kata ‘huh’ pong dicela
Sementeloh lagi deraka
Berbaktilah sementara mereka masih ada
Kepada hok gemuloh telah tiada
Iringilah doa senantiasa

Jangang tebeng
Tinggal semayang
Waima susoh mahupong senang
Semayang tu tiang
Jangang wat ikut dang
Dalang kubur kena tang
Siksa diakhirat tidok terbayang

Jangang tebeng
Lawang Tuhang
Murka Allah jangang diundang
Suruhang Allah kita amalkang
Larangang Allah kita tinggalkang
Al-Qurang dang Sunnoh sebagai panduang
Pelita petunjuk sepanjang jalang

Jangang tebeng
Nebeng
Kerah keng
Kalu jalang hidup jadi tewweng
Abih bende jadi cendeng
Dok guna sekepeng
Erek reng
Justeru agama jadikang panduang dang benteng
Barulah hidup dok jeng kreng

Bekok Cobbong
26 Rabi’ul Awwal 1439 Hijrah/15 Disember 2017

Solve problem with simple mind

23/11/2017, 1:45:48 PM: ‪+60 13‑632 2485‬: Classic one
😀😀😀

Ever since Robert was a child, he had a fear of someone under his bed at night.

So he went to a Psychiatrist and told him "I've got problems.
Every time I go to bed
I think there's somebody under it. 
I'm scared.
I think I'm going crazy."
 
"Just put yourself in my hands for one year", said the psychiatrist.

"Come, talk to me three times a week and we should be able to get rid of those fears."
 
"How much do you charge?"
 
'$200 per visit,' replied
the doctor.    
 
'I'll think of it and if needed I will come back to you,'
Robert said.
 
Six months later he met the Psychiatrist on the street.    

'Why didn't you come to see me about those fears you were having?' he asked.  
 
'Well, $200 a visit three times a week for a year is an awful lot of money!

A Indian friend of mine cured me for the price of one plate biryani and a bottle of coke.

I was so happy to have saved all that money that I went and bought myself a new SUV". 
 
'Is that so!' with a bit of an attitude he said, 'and how, may I ask, did the friend cure you?'  
 
He told me to
"Sell the bed and sleep on a Mattress on the floor."

 
Moral:

TO HELL WITH THOSE PSYCHIATRISTS..
GO TALK TO YOUR friend.

There is always other way to solve a difficult problem...
😜😀😀

Tuesday, December 12, 2017

Matang kah anda

🍄Cantik nukilan ini:🍄

*SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN*

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

©♎

Saturday, December 9, 2017

Kasih sayang

🥀Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati.

🥀Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.

🥀Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah.

🥀Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.

🥀Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing.

🥀Allahuakbar.

🥀Bersihnya hati & sucinya kasih sayang masing-masing.

.

🥀Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain.

🥀Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.

🥀Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.

🥀Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.

🥀Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet & keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.

.

🥀Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa.

🥀Mana yang pakai kereta besar, bagi salam 'keruk' lebih tebal, yang itulah dia paling puji & sayang.

🥀Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap & tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.

🥀Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.

.

🥀Apabila melihat & membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan & keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau, dapat saya simpulkan antara rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah,

📌 Didikan & pesanan emak ayah. Sentiasa pesan kepada semua anak-anak agar hormat yang lebih tua.

🥀Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.

🥀Bila anak berkumpul, pesanlah,
"Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti."

🥀Be kind to each other & always support each other. Always rembember, your siblings are not your competitors.

.

📌Never bad-mouthing anyone. Kalau ada tak puas hati, cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibubapa, didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.

🥀Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.

🥀Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.

🥀Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi 'orang tengah' untuk menyelesaikan permasalahan & salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.

.

📌Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama jika semua orang pulang ke kampung.

🥀Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai & tunggu makan berhidang & bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.

🥀Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.

.

📌 Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.

🥀Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.

🥀"Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun."

🥀Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.

.

📌 Ingatkan anak-anak agar apabila nampak adik beradik buat salah, kena betulkan, kena tegur.

🥀Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.

🥀Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.

🥀Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.

🥀Ibubapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.

🥀Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.

.

📌Ingatkan anak-anak, kita nak masuk syurga Allah sama-sama.

🥀Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.

🥀Dari Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya & dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (HR Bukhari & Muslim)

.

🥀Family is where the life begin & love never ends. Never give up on your family & siblings.

🥀Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri.

🥀Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri & didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, insyaAllah.

#selfreminder
👆🏻😊😊😊😊😊😊💪🏻🤺🤺🤺🤺🤺

Tuesday, December 5, 2017

l*SAHABAT SURGA KU*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*

*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*

*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*

*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*

*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*

*Kuteringat satu kata-kata;* 

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*

*Saidina Umar Al-Khattab*

*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*

*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*

*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*

Moga bermanfaat .. Aamiin 33
*_InsyaAllah_*

Monday, December 4, 2017

Peringatan utk otai2

Assalammualaikum..😍

*Kpd sume sedare mare, sahabat² yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+ serta ingtn utk diriku jua..😎*

Ini ade beberape 
nasihat yg baik.. yg boleh dipraktikkan.

Hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannye demi kehidupan yg lebih bahgia. 😉

*nasihat pertama#*

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun utk lancarkn perjlnan darah, walaupun ketika itu kite tidak mengalami kesakitan saraf.

*nasihat kedua#*

Banyakkan minum air kosong krn kebanyakan penyakit berpunce dari kurang air di dlm badan.

*nasihat ketiga#*

Cuba bersenam walaupun hanye berjalan kaki menaiki tangga.

*nasihat keempat#*

Kurangkan kuantiti makanan krn makin banyak kite mengambil makanan maka kite akan makin cepat sakit.

*nasihat kelima#*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupekan perkara yg remeh temeh.

*nasihat keenam#*

Biarkan harta pula berbakti kpd kesenangan kite, sudah lama kite cari harta kini tibe masenya harta bersusah utk kite.

*nasihat ketujuh#*

Jgn memarahi atau berdendam dgn sesiape, tempuhilah hidup ini dengan seadanye dan gembira.

*nasihat kelapan#*

Banyakkan gurau senda dgn keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dgn pergaulan.

*nasihat kesembilan#*

Banyakkan mase utk duduk dgn Allah kerana kite mula menuju kepada-Nya.

*nasihat kesepuluh#*

Bersedekah, berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jln fiisabilillah smoga saham² ini membantu kite di akhirat kelak.
In syaa Allah..

*nasihat kesebelas#*

Makanlah makanan sunnah. Dgn usia dlm lingkungan  ini macam² penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah org yg tersayang..
Duit boleh dicari tapi tnpe kesihatan yg baik, duit yg banyak pon tiade makne jua..

*Renung²kan dan slamat beramal serta smoga beroleh manafaat*

( Maniskanlah Senyumanmu😊..selalu.

*Ujang* (hujan dlm base ganu)

Mari doh piyang recok
Ujang dok bereti beretok
Langit jo’ong gelak gugguk
Gelak gelemak gelak kattuk

Mari doh musing tengkujuh
Sejuk ngokkol ketor gugguh
Tarik selimuk bukkuh tubuh
Kejam mata teruh deretuh

Ujang lebak jalang lecoh
Ombok beso ombok kucoh
Orang kelauk hati gundoh
Cari rezeki bukang mudoh

Siang jadi ger malang
Bawok keter dok napok haluang
Jalang pulok jadi berlubang
Hati-hati takut kemalangang

Budok-budok paling suka
Banjir jadi macang pesta
Mokayoh kena jaga-jaga
Takut banjir ragut nyawa

Bila mari piyang ujang
Mari teringak kenangang silang
Jamang budok-budok di Pula Ketang
Musing boh dalang ingatang

Air turung dari ulu
Keruh macang teh susu
Tebing pulop habih rebih
Air derah jadi terhakih

Pokok nyor bersauk sandang
Debor sokmo takutnyer
tumbang
Ada doh sekalinyer timpa wakah
Nok geroh,nasib baik takdop hok parah

Musing boh jamang dulu
Suke ngat maing pelapung
Kadang-kadang naik perahu
Sutir kapung abih raung

Basoh jeruk kena ujang
Pakat ngarung air pasang
Kadang jerepok litoh dan ulor
Belang-belang ralik dok sedor

Bila air nok ciccak lata rumoh
Baru arik-arik nok tidur
Teringat ayang bowomoh
Igak wat naik atah lambo dapur

Kambing pulop hok orang pelihara
Taing banjir baru tuang cari
Sebelung ning duk lok ngata-rawa
Habih yer kabbak rumoh orang cari rezeki

Ujang-ujang wase lapo
Ceruk peruk sokmo
Duk jerenggeng atah lambo
Bahang ubikayu dengang kopi o

Paling rare musim sejuk
Nasi putih panah berasap
Lauk goreng ikang aya jeruk
Jelire molek memang sedap

Ujang satu rahmat dari Allah
Banjir pulop satu ujiang
Sujud dan syukur kepada Allah
Pentadbir dang Pengatur sekaliang alang

Bekok Cobbong
14 Rabi’ul Awal 1439 Hijrah
03 Disember 2017

Tuesday, November 28, 2017

Left grup wasap

Saya mohon left group dulu ya. Jangan risau, tiada apa apa masalah. Cuma saya perlukan sedikit masa untuk berehat dari aktif di whatsapp.

Maafkan saya jika ada tersalah tersilap sepanjang perkenalan kita di sini. Saya harap semua sudi maafkan saya. Jika ada terhutang apa apa inbox saya okay.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan rakan yang sudi berkawan sebelum ini. Kenangan antara kita takkan saya lupakan.

Jumpa lagi semua. Kalau terserempak kat luar tu nanti tegur tegurlah ya. Kalau selisih di atas jalan, boleh hon 4 kali. Kalau 4 kali tahulah saya mesti rakan rakan di sini.

Ok lah, rasanya cukuplah setakat ini dulu. Saya pun dah penat test tulis panjang panjang. Saja nak tengok ramai ke baca sampai habis.

*Okay, tak jadi left. Bye*

Monday, November 27, 2017

Banjirrrr

Info
update:

Pantai timur dilanda banjir gelombang 1..
Jln2 yg tidak boleh dilalui sehingga kini oleh kenderaan kecil atau berat ialah:
1. Jalan mati
2. Jalan x siap
3. Jalan kereta api
4. Jalan2 cari makan
5. X napok jalan

Sila cari jalan alternatif iaitu
1. Jalan yg benar
2. Jalan yg lurus
3. Jalan yg diredhai
4. Jalan yg diberkati
Sekian harap maklum.

😁😁..

Takkan cikgu sorang

*Seorang guru berkata kepada pelajarnya, "siapa rasa bodoh, sila berdiri"*

*5minit kemudian seorang pelajar berdiri.*

*Guru bertanya "kenapa awak rasa awak bodoh?*

*Murid itu menjawab "saya tak sampai hati tengok cikgu seorang je yg berdiri"*

😜😜😜😜😜😜😜😜
*Selamat bercuti kepada semua anak anak yang bersekolah.*
😁

Wednesday, November 22, 2017

Kids has pure mind

😂😂😂I cant stop laughing, I just love these kids...

*Teacher:* How old is your father?
*Kid:* He is 6 years.
*Teacher:* What? How is this possible?
*Kid:* He became father only when I was born.
Logic!!👌😳

😂😂😂
Children Are Quick and Always Speak Their Minds
_______________________________
*TEACHER:*   Joseph, go to the map and find North America .
*JOSEPH:*        Here it is.
*TEACHER:*  Correct.  Now class, who discovered America ?
*CLASS:* Joseph.👻👻👻

_______________________________
*TEACHER:*   Wale, why are you doing your math multiplication on the floor?
*WALE:*  You told me to do it without using the tables.
🗄📐📕📘📓_____________________________
*TEACHER:*  Adigun , how do you spell 'crocodile?'
*ADIGUN:*     K-R-O-K-O-D-I-A-L'
*TEACHER:*  No, that's wrong
*ADIGUN:*      Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.  
(I  Love this child) 🐊🐊
____________________________
*TEACHER:*  Rebecca , what is the chemical formula for water?
*REBECCA :*   H I J K L M N O.
*TEACHER:* What are you talking about?
*REBECCA:*  Yesterday you said it's H to O.   �‍♀�‍♂
____________________________
*TEACHER:* Moses, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
*MOSES:*      Me! 🙋‍♂
____________________________
*TEACHER:*   Abraham, why do you always get so dirty?        
*ABRAHAM:*       Well, I'm a  lot closer to the ground than you are.    👨‍👦 
____________________________
*TEACHER:* George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Peter , do you know why his father didn't punish him?
*PETER:*          Because George still had  the axe in his hand......     🔨🔨
______________________________
*TEACHER:*      Buwembo, your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's.. Did you copy his?
*BUWEMBO :*      No sir, It's the same dog.   🐕🐕
(I want to adopt this kid!!!)
____________________________
*TEACHER:*    Femi, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
*FEMI:*     A teacher 😤👺
_________________________
_PASS  IT AROUND AND MAKE SOMEONE LAUGH! LAUGHTER  IS THE SOUL'S MEDICINE!!_
😀😃😄😁😆😅😂�😝�

Tuesday, November 21, 2017

Pelajaran dari Nabi Muhammad S.A.W

💠بسم الله الرحمن الرحيم💠
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ💠💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
💠💠💠💠💠💠
JOM SEBARKAN AGAR KITA DAPAT TELADANI BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW

Saturday, November 18, 2017

Work hard for others

70%    70%    70%    70% 
*💰💰💰💰💰💰💰*

*When we die, our money remains in the bank...*

*Yet, when we are alive, we don't have enough money to spend.*

*In reality, when we are gone, there is still a lot of money not spent.*

*One business tycoon in China passed away.*
*His widow, was left with $1.9 billion in the bank, and married his chauffeur.*

*His chauffeur said:*-
*"All the while, I thought I was working for my boss*...
*it is only now, that I realise that my boss was all the time, working for me !!!*"

*The cruel reality is:*
*It is more important to live longer than to have more wealth*.
*So, we must strive to have a strong and healthy body, It really doesn't matter who is working for who.*

*In a high end hand phone, 70% of the functions are useless!*

*For an expensive car, 70% of the speed and gadgets are not needed.*

*If you own a luxurious villa or mansion, 70% of the space is usually not used or occupied.*

*How about your wardrobes of clothes?*
*70% of them are not worn!*

*A whole life of work and earning...*
*70% is for other people to spend.*

*So, we must protect and make full use of our 30%*.

👉*Go for medical check-ups even if not sick.*
👉*Drink more water, even if not thirsty.*
👉*Learn to let go, even if faced with grave   problems.*
👉*Endeavour to give in, even if you are in the right.*
👉*Remain humble, even if you are very rich and powerful.*
👉*Learn to be contented, even if you are not rich.*
👉*Exercise your mind and body, even if you are very busy.*
👉*Make time for people you care about*

   
            *Please 👉Forward
                   This To
                  Everyone
       Whom You Care about*
               *I JUST DID!*

Friday, November 17, 2017

Khas utk sahabat

-------------------🌹----------------
*Cikgu* : Siapa yg selalu sakit dalam keluarga kamu?
*Pelajar* : Ayah saya.
*Cikgu* : Tapi kenapa?
*Pelajar* : Sebab mak selalu urut ayah sebelum tidur
                😀😀

--------------🌹🌹🌹------------

*Cikgu* : Siapa paling manja dalam keluarga kamu ?
*Pelajar* : Ayah saya !
*Cikgu* : Tapi kenapa ?
*Pelajar* : Sebab ayah masih tidur dengan mak .
             😀😀😀😀

-----------🌹🌹🌹🌹----------

*Cikgu* : Siapa paling nakal dalam keluarga kamu ?
*Pelajar* : Ayah saya !
*Cikgu* : Tapi kenapa ?
*Pelajar* : Sebab ayah selalu kacau mak tidur..
        😀😀😀😀😀

-------🌹🌹🌹🌹🌹---------

*Cikgu* : Siapa yg paling penakut dalam keluarga kamu?
*Pelajar* : Ayah saya.
*Cikgu* : Tapi kenapa?
*Pelajar* : Sebab ayah x berani kawin lain
        😀😀😀😀😀😀
-------🌹🌹🌹🌹🌹🌹------
Khas buat sahabat ku.....

Resepi awet muda

*RESEPI MINUMAN BIAR RAMBUT DAN MISAI TIDAK KELUAR UBAN #

*Bahan :*
1. 10 lembar daun Durian Belanda
2. 5 cm Halia
3. 50 ml Apple Juice
4. 1 sendok teh Madu asli
5. 2 sendok makan air Limau Nipis

*Cara Membuat :*
Rebus daun Durian Belanda dengan 2 gelas air sampai mendidih. Kemudian  ditambahkan Halia, jus Apple, Madu dan Limau Nipis.
Sejukkan dan boleh  diminum.


*Cara Minumnya :*                                                
Diminum semasa masih di sekolah menengah lagi... Kalau sekarang
Dah lambat ...
😩

Salam Jumaat semua...jgn marah ye 😁

Wednesday, November 15, 2017

Suara hati rakyat

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat bawahan.
Memang kita berduit... Memang kita berharta.
Tiap bulan gaji pasti di bank

Namun,
jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp @ pencen bulanan

Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 15 sen? Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Takdir mereka tak seperti kita....
Mencari rezeki menagih simpati

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku x rela jadi dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan

luahan seorang hamba Allah yg kerdil yg mengerti hidup ini terlalu perit....

_*Tersentap tapi bermakna*_

● _Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama._
● _Bila sudah besar.. bilik masing-masing._
● _Bila sudah nikah.. rumah masing-masing._
● _Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising._
● _Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing._

♧ _Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.._
● _Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan._
● _Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong._
● _Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik..._
● _Hanya kau dan amal mu._
● _Bersedia selalu.. bersiap selalu._
● _Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi._
● _Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda._
● _Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana._

♧ _Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar._
● _Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat._
● _Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia._
● _Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA._
● _Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._

*Sombongkah Aku?????*

🚩Merendahkan orang lain itu sombong.
🚩Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🚩Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
🚩Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong.
🚩Memperbodohkan org lain itu sombong.
🚩Sentiasa nak menang itu juga sombong.
🚩Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🚩Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
🚩Bersangka buruk itu sombong.
🚩Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
🚩Merasa diri hebat itu sombong.
🚩Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
🚩Tidak boleh ditegur itu sombong.
🚩Memperkecilkan dan meremehkan org lain itu juga sombong....
🚩Merasa diri soleh pun sombong

*YA ALLAH HINDARILAH AKU DARI SIKAP INI..*

#MuhasabahDiriSendiri.. takutnya "SOMBONG"..

Tuesday, November 14, 2017

*RESEPI MINUMAN AWET MUDA*

*Bahan* :
1. 10 Helai Daun Jambu Batu.
2. 2 Biji Asam Jawa.
3. 1.5 sudu teh Gula Pasir.
4. 1 Sudu Teh Madu Asli.
5. 2 sudu teh jus Limau Nipis.

*Cara Membuat* :

Rebus daun sampai mendidih. Kemudian air rebusannya di tambahkan Asam, Gula, Madu dan Limau Nipis. Kacau hingga betul² sebati. Biarkan sejuk sebelum minum.....




*Cara Minum* :
Diminum pada umur 17 tahun... Kalau diminum sekarang sudah terlewat ..😭😭😭

Monday, November 13, 2017

*Seloka Grup Whatsapp*

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti telefon bergetar,
Minta kawan buat komentar
Kalau tak balas hati gedebar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan pandai2lah jaga ucapan...

Cerita zoo

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama  tidak ada pengunjung,  maka harga tiket pun ia  turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk.

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
*"Keluar Bayar RM100.00!!!"*

Ramai orang berebut membayarnya...

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL,   kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri.

Sunday, November 12, 2017

Kisah cermin ajaib

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Jenis2 salam

Salam itu ada 3 jenis :
1- Wajib dijawab
2- Tak boleh dijawab
3- Tak mahu dengar jawab

1- Wajib Dijawab
Bila kita ucapkan  "Assalamualaikum" pada seseorang maka orang itu wajib menjawab salam - Waalaikumussalam.

2- Tak Boleh Dijawab.
Bila imam memberi salam selepas tahiyyat akhir.
Imam : Assalamualaikum warohmatullah.
Kita tak boleh jawab. " waalaikumusalam imam". Kalau jawab batal sembahyang.

3- Tak Mau Dengar jawab.
Bila kita memberi salam kepada ahli qubur, kita tak mau dengar jawapan mereka. Kalau dengar tak cukup tanah kita nak lari nanti.
😂😂😂... Pesan ini dibawa dari group Surau Al-Furqan Taman PSJ...

assalammualaikum wbt semuaaaa

Tak tau la kot cikgu karang ni

*kata2 cikgu...*
Cikgu BM kata~🌸
*Sahabat utk selamanya*
Cikgu BI kata~🌸
*Best Friend Forever*
Cikgu SEJARAH kata~🌸
*Mengingatkan sahabat adalah kenangan*
Cikgu MATH kata~🌸
*Nilai persahabatan tidak terkira*
Cikgu PM kata~🌸
*Sahabat adalah teladan*
Cikgu EKONOMI kata~🌸
*Sahabat tidak ternilai dgn wang*
Cikgu SAINS PERTANIAN kata~🌸
*Tanam nilai persahabatan di hati*
Cikgu KIMIA kata~🌸
*Bersahabat perlu ada chemistry*
Cikgu BIOLOGI kata~🌸
*Sahabat itu kekal dan hidup utk selamanya*
Cikgu SASTERA kata~🌸
*sahabat begitu indah*
Cikgu PJK kata~🌸
*Sahabat bkn utk dipermainkan*
Cikgu SENI kata~🌸
*Sahabat adalah lukisan yg mewarnai hidup setiap hari*
Cikgu Agama kata~🌸
*Sahabat till jannah*

‪*hargailah sahabat2 yang ada apapun status anda* ☺😍